TOP-UP UNTUK SEMUA

TOP-UP UNTUK SEMUA
Klik pada gambar untuk sertai kami dan nikmati penjimatan top-up, bayaran bil telefon, bil Astro dan bil utiliti terpilih.

Monday, December 28, 2015

Jana pendapatan secara bijak

BUKANKAH Hamper setiap dari kita perlu membayar pelbagai bil termasuklah bil TM, bil utility, bil telco, dan bermacam lagi? Tidak kurang juga yang perlu menanggung pelbagai kos prepaid termasuklah internet dan fon mudah alih.

 

Apa kata dengan pelbagai inovasi hari ini kita jadikan setiap kos di atas sebagai suatu pulangan atau usaha penjimatan kita dalam belanja bulanan kita? Ayuh, jadikan cabaran peningkatan kos hidup hari ini sebagai satu peluang untuk kita mencipta peluang!

 

Kita tak perlu fikir panjang untuk mencipta suatu yang baru. Cuma gunakan kebijaksanaan akal untuk mengintai setiap peluang yang ada di sekeliling kita. Dari peluang yang ada itulah kita mara ke hadapan untuk mencipta peluang yang lebih gemilang.

 

Kami telah menikmati dari ciptaan inovasi yang ingin dikongsikan bersama anda. Jadikan cabaran kehidupan ini suatu peluang untuk kita gemilang dalam kehidupan.

 

Apa yang perlu anda laksanakan mulai saat ini hanyalah merancang berkaitan bayaran bil, top up prepaid yang perlu anda belanjakan setiap bulan. Semua kos ini adalah perbelanjaan pasti yang kita belanjakan saban waktu dan masa.

 

inovasi top-up           

 

Melalui inovasi ini, kita sama-sama mengambil peluang dari apa yang telah disediakan. Apatah lagi, dengan inovasi ini kita akan perolehi faedah-faedah berikut:

 

·        Penjimatan dari kos perbelanjaan bil utili dan prepaid/top-up.

·        Kemudahan untuk melangsaikan bil-bil utility yang terpilih bil telco, dan belian top-up atau prepaid.

·        Peluang memperolehi pendapatan dengan kesungguhan dan kerajinan.

 

Bagaimana caranya untuk kita perolehi faedah-faedah di atas? Bahkan dengan kebijaksanaan yang ada pada diri anda, faedah-faedah di atas boleh berkembang dengan peluang-peluang yang tersedia dalam inovasi ini.

 

Bagaimana caranya untuk impian anda jadi kenyataan? Berusaha agar keperluan kewangan semasa menjadi peluang untuk meningkatkan taraf kehidupan?

 

Inilah inovasi dalam Mymi1 yang ingin kami perkenalkan kepada anda: bagaimana?

 

·        Penjimatan dari kos perbelanjaan bil utili dan prepaid/top-up.

 

Mymi1 adalah satu perniagaan berkonsepkan belian voucer. Dengan kos yang lebih kecil, kita akan diberikan voucer yang bernilai tinggi untuk membeli prepaid/top-up, membayar bil-bil mobil dan melangsaikan bil-bil utility terpilih.

 

Kita akan dapati kos yang kita keluarkan hari ini akan menguntungkan kita untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.

 

Kita juga boleh menjual atau menukarkan voucer tersebut kepada tunai.

 

·        Kemudahan untuk melangsaikan bil-bil utility yang terpilih bil telco, dan belian top-up atau prepaid.

 

Jika sebelum ini kita perlu membuat pembayaran bil telco atau membeli top-up atau melangsaikan bil utility terpilih secara manual dan bergegas ke pelbagai tempat, dengan inovasi Mymi1, semuanya telah disediakan dalam satu system. Apa yang perlu hanyalah capaian kepada internet melalui pc/laptop/smart phone kita. Mudah bukan?

 

Voucer Mymi1 akan dikreditkan ke akaun anda yang boleh dicapai melalui satu ID dan password. Melalui platform/system tersebut kita boleh melangsaikan bayaran bil dan belian top-up dalam satu akaun Mymi1 sahaja.

 

Tak perlu lagi bersesak di premis-premis 7&11, bersusah payah mencari pakir, berkejar ke sana sini hanya untuk membayar bil dan membeli top-up.

 

Kini, semuanya di hujung jari kita!

 

·        Peluang memperolehi pendapatan dengan kesungguhan dan kerajinan.

 

Inovasi ini dikembangkan lagi untuk mereka yang bersemangat dan mempunyai kerajinan. Setelah kita menikmati pelbagai kemudahan di atas, tentu sekali kita ingin mereka yang kita sayangi dan mereka di sekeliling kita menikmati kemudahan yang sama bukan?

 

Apatah lagi dengan perkongsian itu kita perolehi pelbagai faedah dan bonus. Di sinilah peluang terbentang luas untuk terus anda terokai.

 

Inovasi dalam Mymi1 turut menyediakan platform keuntungan atas setiap jualan voucer yang dilakukan.

 

Daftarkan saya!

 

Ayuh, mulakan sekarang! Sila whatsapp ke 0133408043 atau hubungi 0199856781 untuk pertanyaan lanjut.

 

Pelbagai pakej untuk disertai mengikut kemampuan:

 

A – Pakej VIP RM21,000

Reload Credit Bernilai RM600 Selepas Daftar

Reload Credit Bernilai RM900 Setiap 10 Hari Sebanyak 70 Kali

 

Jumlah Reload Credit: RM63,600

 RM900 x 70 kali RM63,000 + RM600 Jumlah RM63,600

 

B – Pakej PLATINUM =RM11,550

 Reload Credit Bernilai RM300 Selepas Daftar

 Reload Credit Bernilai RM450 Setiap 10 Hari Sebanyak 65 Kali

 

Jumlah Reload Credit: RM29,550

 RM450 x 65 kali RM29,250 + RM300 Jumlah RM29,550

 

C – Pakej DIAMOND =RM4,445

 Reload Credit Bernilai RM200 Selepas Daftar

 Reload Credit Bernilai RM150 Setiap 10 Hari Sebanyak 60 Kali

 

Jumlah Reload Credit: RM9,200

RM150 x 60 kali RM9,000 + RM200 Jumlah RM9,200

 

D – Pakej SILVER =RM1,120

Reload Credit Bernilai RM60 Selepas Daftar

Reload Credit Bernilai RM37.50 Setiap 10 Hari Sebanyak 60 Kali

 

Jumlah Reload Credit: RM2,310

RM37.50 x 60 kali RM2,250 + RM60 Jumlah RM2,310

 

E – Pakej BRONZE =RM420

Reload Credit Bernilai RM30 Selepas Daftar

Reload Credit Bernilai RM15 Setiap 10 Hari Sebanyak 50 Kali

 

Jumlah Reload Credit: RM780

RM15 x 50 kali RM750 + RM30 Jumlah RM780

 

Mymi1

Wednesday, November 4, 2015

Dewan Rakyat, OKU didakwa didalangi pengemis

Disunting dari hansard Dewan Rakyat, 29 Oktober 2015, sesi soal jawab lisan.

 

6. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah tindakan yang dibuat bagi mencegah kegiatan mengemis dan meminta derma di restoran dan kaki lima bank terutama bandar-bandar yang semakin menular sekarang terutama yang melibatkan sekolah tahfiz dan madrasah agama.

 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun]:

 

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Antara tindakan yang diambil oleh kementerian bagi mencegah kegiatan mengemis ialah pertama operasi menyelamat pengemis. Kementerian melalui JKM ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa menjalankan operasi berjadual adhoc dan bersepadu dengan agensi yang terlibat seperti pihak berkuasa tempatan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak hospital untuk menyelamatkan orang papa. Setiap agensi akan bertindak mengikut bidang kuasa agensi masing-masing.

 

Mulai Januari hingga Jun 2015, sebanyak 934 operasi telah dijalankan dan 770 orang pengemis telah diselamatkan. Daripada jumlah tersebut seramai 72 orang adalah kanak-kanak.

 

Pengemis-pengemis ini diambil tindakan di bawah Akta Orang Papa 1977 dan tindakan mengikut agensi penguatkuasaan lain seperti polis, imigresen dan AADK.

 

Bagi kes pengemisan melibatkan orang dewasa ia akan dikendalikan mengikut peruntukan di bawah Akta Orang Papa 1977, manakala kes pengemisan melibatkan kanak-kanak akan dikendalikan mengikut Akta Kanak-kanak 2001.

 

Kedua, pemantauan aktiviti mengemis. JKM menjalankan aktiviti pemantauan berkala di lokasi-lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan aktiviti pengemisan seperti pusat membeli-belah, restoran, pasar sehari, pasar malam, kaki lima bank dan bangunan perniagaan. Sekiranya masih terdapat pengemis, mereka akan diselamatkan dan diserahkan kepada agensi yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

 

Ketiga, program kesedaran. Kementerian juga meningkatkan kesedaran awam untuk tidak menggalakkan aktiviti pengemisan melalui program-program advokasi dengan mengedarkan poster, banting, risalah dan sebagainya. Kementerian berharap masyarakat dapat menyalurkan sumbangan atau derma mereka kepada pihak-pihak bertauliah seperti pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang berdaftar, rumah ibadat dan pusat jagaan yang berdaftar dengan JKM.

 

Keempat, jawatankuasa bagi menangani isu pengemisan. JKM juga bertindak sebagai urus setia kepada jawatankuasa bagi menangani isu pengemisan di peringkat nasional, negeri dan daerah. Jawatankuasa ini berperanan untuk menyelaras program serta merangka tindakan bersepadu antara agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan sukarela yang berkaitan. Isu dan perkara berbangkit berkaitan pengemisan dibincangkan bersama bagi mencari pendekatan yang terbaik menangani isu ini.

 

Kelima, task force kutipan derma. JKM juga telah menubuhkan task force berkaitan isu eksploitasi kanak-kanak di kalangan kanak-kanak melalui kutipan derma di Malaysia yang telah

dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Shamsiah Abdul Rahman Ahli Majlis Penyelaras Bagi Perlindungan Kanak-kanak Kebangsaan pada 7 Mei 2014.

 

Tujuan task force ini adalah untuk membincangkan isu kutipan derma di kalangan kanak-kanak yang berlaku di Malaysia terutamanya yang melibatkan golongan daripada sekolah tahfiz dan di kalangan kanak-kanak Rohingya.

 

Selain itu JAKIM juga telah bekerjasama dengan JKM dan beberapa agensi kerajaan serta swasta untuk membangunkan pelan tindakan menangani isu eksploitasi kanak-kanak melalui kutipan derma pada 10 Jun 2013. Inisiatif ini diambil kerana terdapat juga kanak-kanak yang menemui orang ramai untuk mendapatkan derma dipercayai daripada pelajar tahfiz. Pelan tindakan tersebut dijadikan sebagai salah satu dokumen rujukan bagi menyelaraskan tindakan dengan beberapa agensi yang mempunyai bidang kuasa bagi membanteras kegiatan eksploitasi kanak-kanak termasuklah JKM, PDRM, PLUS, Jabatan Agama Islam Negeri dan lain-lain.

 

Selain KPWKM, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga melalui undang-undang kecil mereka boleh mengambil tindakan sesuai dalam membanteras isu pengemisan dari terus berleluasa di kawasan pentadbiran masing-masing.

 

Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan agama Islam termasuk tindakan terhadap sekolah tahfiz dan madrasah agama yang mempergunakan khidmat kanak-kanak untuk mengutip derma adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Justeru kerajaan negeri diminta untuk samasama menangani masalah serta isu ini. Terima kasih.

 

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang bagi saya jawapan diberikan sangat menyeluruh dan all encomposing dengan izin. Ada dakwaan bahawa operasi pengemisan yang dibuat oleh kanakkanak ini bukan hanya daripada institusi-institusi agama seperti maahad tahfiz ataupun madrasah tetapi adalah dirancang dan dilaksanakan oleh sindiket-sindiket yang tersusun dan teratur. Soalannya, dalam jawapan tadi tidak ada disebut sama ada, ada mana-mana pihak yang telah dapat dikesan didakwa atas usaha-usaha sindiket mengemis ini. Jadi soalan saya, benarkah ada sindiket ini? dan jika benar adakah tindakan-tindakan telah diambil dan kalau ada tindakan undang-undang, kalau boleh dinyatakan. Kita rasa ini menunjukkan bertambah seriusnya usaha kerajaan untuk membanteras isu mengemis. Terima kasih.

 

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sebenarnya ada banyak orang yang mengatakan ada sindiket, ada sindiket tetapi bila kita mengadakan Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama-sama dengan agensi yang lain mengadakan operasi-operasi ini yang berterusan, susah sangat untuk mendapatkan evidence ataupun bukti yang ada sindiket yang terlibat.

 

Oleh sebab itulah, kita lihat setakat ini apa yang kita buat apabila kita mengadakan operasi mereka yang terlibat kita akan selamatkan. Kalau mereka ini berumur di bawah 60 tahun, maka kita bawa ke desa bina diri untuk kita latih mereka, ajar mereka supaya mereka mempunyai kemahiran dan dapat kembali bekerja dan kembali kepada masyarakat.

 

Sekiranya mereka ini berumur 60 tahun ke atas, maka kita bawa pula ke rumah-rumah Seri Kenangan kita di mana mereka kita akan jaga selama tiga tahun dan sekiranya dalam tempoh masa itu ada ahli keluarga mereka yang boleh mengambil mereka kembali ke pangkuan keluarga, maka kita akan kembalikan ataupun jika mereka menunjukkan kesungguhan untuk bekerja, maka kita bebaskan.

 

Akan tetapi berkaitan dengan tuduhan yang ada sindiket ini, kita ingin sangatlah kalau ada pihak yang boleh datang come forward kepada kita dan kepada pihak polis untuk menunjukkan bukti-bukti sindiket ini.

 

Jika ini dapat ditunjukkan, maka pihak berkuasa akan mengambil tindakan Insya-Allah. Akan tetapi dalam masa yang sama kita akan meneruskan kerja kita, operasi kita untuk menyelamatkan pengemis ini. Terima kasih.

 

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya selama ini kadang-kadang saya tidak sebulu dengan Yang Berhormat Kuala Krai tetapi dalam soalan ini saya sokong Yang Berhormat Kuala Krai. Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab, jadi berkaitan dengan pengemis. Saya juga menjalankan biro kebajikan, mempengerusikan Biro Kebajikan UMNO. Justeru itu, relevan dengan saya di mana kita juga sedang mengesan apa yang Yang Berhormat sebutkan tadi.

 

Sindiket ini memang wujud cuma macam Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi perlu adanya satu evidence yang kukuh untuk kita dakwa mereka. Akan tetapi saya juga ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sudah sebutkan tadi NBOS iaitu National Blue Ocean Strategy patut kita memperkasakan lagi, bekerjasama erat dengan kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan termasuklah tentera juga boleh bantu, polis, Imigresen, semua kita boleh kita libatkan untuk kita tengok bagaimana kaedah yang bersesuaian.

 

Ini saya merasakan perkara ini amat penting. Bukan setakat di bandar, malahan kalau kita hendak balik ke kawasan masing-masing khususnya balik ke Utara, balik ke Kedah contohnya you berhenti dekat Rehat dan Rawat (R&R) pun ada dia bawa anak-anak, dia bawa baby selain daripada masjid pada hari Jumaat. Saya merasakan kebanyakan mereka ini adalah bukan warganegara kita. Mereka ini datang dari luar. Itu di antara perkara yang saya fikir kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri harus meneliti dan melihat secara meluas untuk memastikan ia dapat dilaksanakan.

 

Satu lagi yang saya hendak sentuh juga tambahan daripada apa Yang Berhormat Kuala Krai sebutkan tadi mereka ini yang buta. Yang buta ini juga... Beberapa Ahli: [Menyampuk]

 

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Janganlah sibuk. Saya tidak pernah kacau Yang Berhormat Kapar. Eh nyonya, you boleh diam kah nyonya? Beberapa Ahli: [Ketawa]

 

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Bila saya panggil you nyonya Yang Berhormat Seputeh, you marah. Bila orang tanya soalan janganlah kacau. Ini perkara mustahak, ini perkara penting. [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Soalan.

 

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Saya tengah tanya soalan lah. Saya mesti tanya soalan dan memberi pandangan.

 

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Semua penting. Soalan, soalan.

 

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Itulah. Ini bukan menjadi Ahli Parlimen yang macam ini yang sibuk bercerita pasal 1MDB, RM2.6 bilion. Kerja hendak mengangkat martabat rakyat, tolong rakyat tidak ada. Jadi, orang hendak cakap betul pun hendak ganggu.

 

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: ...on 1MDB. Thank you.

 

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Jadi, saya hendak beritahu, hendak minta satu lagi soalan tambahan saya berkaitan dengan mereka yang buta ini. Memang lah kita hendak bantu mereka yang buta. Sememangnya saya tidak tahulah pembangkang bagi atau tidak bagi. Saya kalau biasa jumpa orang buta kita bagi. Dia orang ini sibuk cerita hal orang sahaja. Jadi, saya hendak beritahu yang buta ini pun juga ada banyak warga asing yang berada di sini.

 

Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Sekadar pakai cerita.

 

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Jadi, saya minta kementerian Yang Berhormat untuk meneliti, memastikan perkara ini dapat kita benar-benar. Kalau mereka perlu dibantu kita bantu. Kalau ada sindiket kena ada NBOS strategy ini untuk menahan mereka dan dakwa mereka di mahkamah. Terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

 

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun: Terima kasih adinda daripada Baling. Memang membawa banyak cadangan yang baik. Saya percaya pihak sana pun bersetuju juga dengan cadangan-cadangan yang baik ini. Sengaja sahaja dia orang hendak buat bising itu.

 

Pertamanya berkenaan dengan cadangan untuk kita mengerjakan NBOS. Seperti mana yang saya sebutkan tadi memang pun segala operasi kita melibatkan semua agensi yang berkaitan termasuklah pihak polis, pihak Imigresen dan juga pihak AADK tetapi itulah setakat ini untuk kita dapatkan bukti-bukti sindiket itu sememangnya bukan satu perkara yang mudah.

 

Mereka ini terlalu pandai. Kalau kita hendak tangkap kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, selepas itu dia tahu next time dia akan bawa orang yang berumur lebih 18 tahun. Jadi, tidak boleh lagi kita ambil tindakan di bawah Akta Kanak-kanak. Dia macam itu. Mereka ini amat licik sekali.

 

Walau macam mana pun saya percaya dengan adanya kerjasama berbagai-bagai jabatan, saya mengambil kira tadi apa cadangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat daripada Baling itu kita akan pastikan kerjasama ini lebih mantap lagi dan kita akan pastikan mereka akan diambil tindakan.

 

Saya juga ingin katakan di sini, akan tekankan di sini bahawa kalau ada ibu bapa juga yang terlibat dengan sindiket ini dan kita ada buktinya kita akan ambil tindakan terhadap mereka di bawah Akta Kanak-kanak jika yang terlibat menjadi pengemis ini adalah di bawah 18 tahun. Kita akan ambil tindakan terhadap mereka. Be warned, sekarang kita akan ambil tindakan terhadap mereka supaya mereka sedar bahawa mereka tidak boleh mempergunakan anak-anak mereka untuk tujuan mengemis ini.

 

Kedua tentang berkaitan dengan orang yang buta, Yang Berhormat. Memanglah kita sudah tubuhkan satu task force di bawah kementerian yang saya mempengerusikan sendiri berkaitan dengan orang kurang upaya yang mana kita akan melihat bagaimana kita dapat empower dan enable orang-orang kurang upaya termasuk orang buta ini.

 

Saya ingin maklumkan di sini di pejabat saya, saya ada seorang pegawai daripada kalangan orang buta. Jadi, saya mintalah kepada semua Ahli Yang Berhormat bagi kita membantu orang kurang upaya ini supaya mereka mempunyai pekerjaan dan mereka dipandang tinggi oleh masyarakat kita. Ambil mereka bekerja di pusat-pusat khidmat Yang Berhormat-Yang Berhormat atau pun di pejabat-pejabat Yang Berhormat-Yang Berhormat supaya kita dapat capai 1% untuk memberi pekerjaan kepada orang kurang upaya ini.

 

Insya-Allah kami di kementerian, ini kerja yang akan kita teruskan tidak kira yang buta kah, yang pekak kah yang physical handicapped kah, kita akan terus membantu mereka dengan pelbagai cara supaya mereka boleh menjadi anggota masyarakat kita yang boleh berdikari dan dihormati, insya-Allah terima kasih.

 

Layari caknakini.com bagi menyokong usaha pengupayaan OKU di Malaysia

Perbahasan Ahli Parlimen Bukit Gantang: kenaikan EPC dan pendidikan OKU.

Perbahasan belanjawan oleh YB. Uhj. staz Idris Ahmad, ahli Parlimen Bukit Gantang – 27 Oktober 2016, 6:05 petang.

 

Disunting dari hansard Dewan Rakyat, 27 Oktober 2016.

 

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Gantang.

 

Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]:

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

 

Tuan Yang di-Pertua

 

“.... Saya hendak membangkitkan berkenaan dengan kepentingan orang kurang upaya. Berdasarkan pembentangan Bajet 2016 berlaku pengurangan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu RM2.2 bilion dahulunya kepada RM2 bilion dalam Bajet 2016.

 

Timbul persoalan di mana kesungguhan kerajaan untuk membangunkan masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Walaupun saya lelaki, isteri saya itu perempuan, jadi saya kena cakap abang inilah. Ini suami yang baik ini Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Kuala Kangsar ini suami yang baik.

 

Amat aneh dalam Belanjawan 2016 bilangan individu OKU yang akan mendapat faedahnya adalah seramai 150,000 berbanding tahun 2015 hanya 110,000. Ertinya peningkatan sebanyak 40,000 sedangkan peruntukan kepada KPWKM ini merosot.  Oleh sebab itu ini yang kita harapkan supaya perkara-perkara ini perlu diambil perhatian.

 

Suka saya menarik perhatian Dewan ini berkenaan dengan elaun dan bantuan kendiri kepada golongan orang-orang cacat. Mencadangkan elaun agar pekerja cacat yang sedia ada pada hari ini dinaikkan daripada RM350 sebulan kepada RM550 sebulan.

 

Jika kita selak kembali dialogdialog yang dianjurkan oleh pihak KPWKM dan Komuniti OKU kenaikan tersebut telah pun dipersetujui oleh KPWKM dan seharusnya diterima pakai oleh pihak Kabinet dan juga kerajaan. Cuma desakan ini sejak tahun 2014 diberikan perhatian dalam Bajet 2015, namun tidak diberikan perhatian sewajarnya kenaikan pada tahun 2015 yang lalu hanyalah daripada RM300 kepada RM350 dan RM150 kepada RM200 sahaja.

 

Kita harapkan supaya naik terutamanya daripada RM350 kepada RM550 untuk OKU yang bekerja.

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

Kerana kita sering melaungkan Malaysia mempunyai pendidikan taraf dunia., namun perlu diinsaf masih banyak pendidikan yang boleh diikuti oleh kumpulankumpulan OKU di luar negara tidak dapat dinikmati oleh OKU di negara ini. Saya mencadangkan pihak kerajaan iaitu mengambil perhatian hal-hal berikut:

 

-      Amalan educable yang dihapuskan dalam Peraturan 2013 telus dan tidak bersembunyi di pelbagai peruntukan secara tersirat. Peruntukan 2013 masih mengekalkan penilaian sekolah terhadap murid-murid keperluan khas sekali gus mendedahkan anak-anak OKU dalam amalan educable dalam Peraturan 1997.

-      Dicadangkan pihak Kementerian Pendidikan benar-benar merangka program bagi memastikan tiada keciciran dalam aspek pendidikan asas kepada anak-anak OKU daripada pelbagai kategori.

-      Dicadangkan juga agar sejumlah peruntukan bagi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan OKU di IPTA seluruh Malaysia.

-      Memperuntukkan sejumlah dana bagi mewujudkan dan meningkatkan kelompok intelektual, akademik, dan profesional dalam kalangan OKU termasuk pengkhususan dalam bidang disability.

-      Kajian-kajian dibuat oleh pelbagai pihak di peringkat IPTA, IPTS berkaitan dengan OKU perlulah melibatkan golongan OKU sendiri.

-      Akhir sekali ialah mengembangkan bidang-bidang kemahiran bagi golongan OKU tanpa mengira kategori kecacatan khususnya dalam bidang sains pengkomputeran, sains perubatan, pertanian dan sebagainya yang berpotensi diteroka oleh golongan OKU yang selama ini kurang diambil perhatian.

 

Layari caknakini.com bagi menyokong usaha pengupayaan OKU di Malaysia

Soalan MP Jerik berkaitan OKU.

Suntingan dari hansard Dewan Rakyat, 27 Oktober 2015.

 

9. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:

(a) berapakah jumlah terkini orang kurang upaya (OKU) yang mendaftar dengan Jabatan Khidmat Masyarakat mengikut jenis kelainan upaya; dan

(b) apakah usaha yang telah dilakukan oleh kementerian dalam membantu golongan ini untuk mendapat pekerjaan di dalam sektor awam mahupun swasta.

 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim]:

 

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Sehingga September tahun ini, sejumlah 354,874 orang OKU telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya. Pendaftaran OKU adalah dibuat secara sukarela meliputi tujuh kategori ketidakupayaan iaitu:

 

·         Masalah pembelajaran ada 126,511 orang,

·        fizikal ada 121,175 orang,

·        penglihatan 31,756 orang,

·        pendengaran ada 29,061 orang,

·        mental ada 28,282 orang,

·        pelbagai ada 16,353 orang dan

·        pertuturan ada 1,736 orang.

 

Kerajaan telah memperkenalkan dasar 1% peluang pekerjaan di sektor awam kepada OKU pada tahun 1988 lagi. Bagi memastikan keberkesanan pencapaian pelaksanaannya, dasar ini telah diperkukuhkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010 yang mula berkuat kuasa pada 15 September tahun 2010. Selain daripada itu, kerajaan telah menyasarkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas agar seramai 16,000 OKU memenuhi pengisian jawatan dalam sektor awam menjelang tahun 2020.

 

Dalam usaha untuk membantu golongan OKU untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menubuhkan task force pemantauan isu ketidakupayaan yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun iaitu Timbalan Menteri saya. Jadi, kementerian juga telah mengadakan program advokasi mengenai OKU melalui taklimat mengenai disability equality training.

 

Bagi membantu golongan OKU bekerja di sektor swasta pula, kementerian melalui kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat dan JAPAN International Cooperation Agency (JICA) telah memperkenalkan program yang kita namakan Job Coach pada tahun 2012. Bagi tempoh Mac 2012 hingga September tahun ini seramai 431 orang OKU telah menyertai Program Job Coach dan kekal dalam pekerjaan mereka hingga kini. Program ini telah menimbulkan kesedaran kepada majikan bagi menggajikan OKU di perusahaan mereka.

 

Sebanyak tujuh buah syarikat telah mengajikan OKU dalam perusahaan mereka seperti Giant, Cold Storage, Guardian, KFC Holdings, Mohd Mydin Holdings, Shangri-La Hotel, Mc Donalds, Aeon Big, Aeon yang dahulunya Jusco. Ada dua Aeon. Aeon Big dahulunya Carrefour dan Aeon dahulunya Jusco.

 

Kementerian dalam usaha memberi sokongan kepada OKU untuk mendapat pekerjaan, kita mengambil inisiatif dengan mengadakan latihan kemahiran dan mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui institusi OKU seperti Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan di Bangi.

 

Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memberikan geran pelancaran kepada OKU bagi menggalakkan mereka berdikari dan menjana pendapatan dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka. Terima kasih.

 

Soalan lisan tambahan:

 

Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]:

 

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang mungkin sebahagian besar orang OKU mendengar jawapan yang telah diberi oleh Yang Berhormat Menteri. Kita menyedari hampir lebih daripada dua juta OKU dalam Malaysia. Manakala yang berdaftar 280, setelah berdaftar mendapat kad OKU. Soalan saya, sejauh mana kementerian memastikan pihak kerajaan, kementerian-kementerian kerajaan dan juga swasta menghormati kad OKU yang dipegang oleh pihak OKU supaya tidak menyusahkan, memastikan mereka sebenarnya memang OKU.

 

 

Dalam masa yang sama kita dapati adakah kementerian hendak menguatkan undangundang bagi meningkatkan hukuman kepada orang-orang yang menggunakan OKU sepenuhnya dalam negara seperti meminta sedekah di tepi jalan. Minta Yang Berhormat Menteri menjawab.

 

Datuk Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim:

 

Pertama Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Memang betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu begitu ramai OKU. Kita memang bila sah OKU itu di dalam semua tujuh jenis, tujuh kategori ketidakupayaan memang kita keluarkan kad. Kad itu kad OKU ya Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

 

Di dalam kad OKU itu sebenarnya ada 25 keistimewaan yang bila tunjukkan kad insya- Allah mereka boleh menikmati 25 keistimewaan. Namun, terima kasih Yang Berhormat sebab Yang Berhormat telah memaklumkan kepada saya bahawa ada juga jabatan atau pejabatpejabat yang mungkin tidak berapa – dia akui sebenarnya Yang Berhormat. Saya check Yang Berhormat semalam, dia akui kad OKU itu tetapi mereka, kita cakap secara terus ya Yang Berhormat iaitu Jabatan JPJ. Dia mengakui kad OKU itu bermakna itu memang sah OKU tetapi ia memerlukan satu lagi pengesahan khususnya daripada Jabatan Kesihatan sebab ini isu lesen memandu kereta.

 

Jadi, OKU itu dia sudah tahu OKU itu tetapi dia memerlukan satu lagi dokumen Yang Berhormat sebab semalam kami check di mana adakah OKU ini betul-betul boleh memandu kereta. Mungkin dia hendak check lebih dia punya penglihatan. Maybe dia hendak check lebih dari segi dia pegang stereng macam mana.

 

Jadi Yang Berhormat kami tanya sebab sedih juga bila kami dengar bahawa kalau JPJ tidak menggunakan keistimewaan itu, kad OKU. Jadi dia kata, bukan. Dia acknowledge, dia iktiraf. Akan tetapi dia hendak ada dokumen lagi untuk ini. Namun Yang Berhormat, Yang Berhormat bawa itu memang saya sangat mengalualukan.

 

Bukan sahaja daripada Yang Berhormat Gerik tetapi semua lah Yang Berhormat. Kalau ada sesuatu yang didapati lagi kekangan sila maklum supaya kami membawa Mesyuarat Majlis OKU. Kami ada Majlis OKU Yang Berhormat yang insya-Allah dua hari bulan ini saya akan mempengerusikan majlis tersebut. Di dalam majlis saya ini memang OKU sendiri yang menjadi anggota. Jadi, mereka lagi lebih vokal membawa apa yang kurang tetapi pada masa yang sama saya sangat-sangat mengalu-alukan maklum balas.

 

Dari segi Yang Berhormat katakan tadi hukuman Yang Berhormat ya. Sebenarnya, pertama Yang Berhormat kalau hendak kira kami ini tidak puas hati sebagai contoh parking kereta untuk OKU. Kami nampak banyak parking kereta ini dia bagi tanda besar parking itu untuk OKU tetapi Yang Berhormat tengoklah siapa yang sebenarnya parking dekat situ? Bukan OKU tetapi orang yang very able.

 

Jadi ini sebenarnya kami memerlukan juga kerjasama daripada PBT, local government sama-sama membantu dan memastikan. Kalau tidak ada OKU yang pakai car park itu tidak apalah, biarlah di situ, sebab itu memalukan sebenarnya sebab ada juga pelancong-pelancong datang tengok ini kah keadaan kita. Manakala yang keluar daripada kereta itu kita tengok memang sempurna segala-gala. Maybe dia OKU pembelajaran.

OKU pembelajaran itu nampak normal tetapi dia sebenarnya autistik, dyslexia dan sebagainya. Akan tetapi ini sebenarnya Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat membawakan isu ini sebab ini adalah isu yang sebenarnya berlaku. Terima kasih.

 

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]:

 

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ramai OKU mereka sebenarnya berminat untuk bekerja tetapi masalahnya ialah tiada kenderaan untuk hantar mereka ke tempat kerja. Bagi saya, saya hendak tanya adakah kementerian beri peruntukan kepada persatuan OKU setempat itu supaya mereka boleh mengadakan kenderaan untuk hantar OKU pergi bekerja.

 

Kedua ialah saya rasa hairan hanya 70 buah syarikat besar di Malaysia ini yang menggaji OKU. Jadi bolehkah kementerian memberikan cadangan kepada pihak kerajaan supaya adakan potongan cukai ataupun insentif bagi syarikat yang menggaji OKU sebagai pekerja mereka.

 

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim:

 

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai kenderaan itu Yang Berhormat, memang kita banyak mengambil engagement bersama dengan persatuan-persatuan yang terlibat secara langsung dengan OKU ini. Jadi sebenarnya Yang Berhormat, kita menggalakkan supaya banyak kita buat CSR. Kadang-kadang kita bagi geran tetapi geran yang kita bagi ini for operasi, you know sometime untuk mengadakan aktiviti, kadang-kadang untuk makanan, peserta-peserta dan sebagainya.

 

Jadi kalau sampai kepada pengangkutan dan sebagainya, sebenarnya NGO ini Yang Berhormat dia pandai, dia memang banyak dapat funding daripada pihak-pihak yang bermurah hati. Akan tetapi the only thing Yang Berhormat, yang kita sebenarnya ada juga bincang dalam Majlis OKU adalah kenderaan awam, public transportation di mana kalau dapat adalah public transportation yang lebih mesra kepada OKU, I think that’s the word. Lebih mesra kepada OKU sebab ini memang disuarakan setiap kali ada mesyuarat dan pegawai yang ada di dalam majlis ini juga datang daripada Kementerian Pengangkutan.

 

So di sini Yang Berhormat, memang saya pun selalu mengatakan boleh katakan ramai daripada kita ini sudah pergi ke luar negara kita boleh nampak kadang-kadang ada public transportation memang khusus, besar logonya untuk OKU dan sebagainya. Akan tetapi ini pun kami juga sentiasa menyarankan supaya selain daripada persatuan itu ada kenderaan sendiri untuk membawa penghuni di dalam institusi yang mereka jaga tetapi public transportation. Ada di luar negara special taxi Yang Berhormat untuk OKU, ia ada special ramp, masukkan wheel chair dan sebagainya. Jadi itu juga harapan kami dan ini memang sentiasa disuarakan. Yang Berhormat, memang betul Yang Berhormat di bawah Job Coach punya program, tujuh buah syarikat tampil ke hadapan dan kami harap jangan sahaja tujuh tetapi ramai lagi should come forward dan kami sebenarnya ada anugerah tetapi mungkin anugerah is not enough, dengan izin. Akan tetapi Yang Berhormat, terima kasih atas cadangan itu, maybe kita melihat kepada insentif-insentif yang lain. Terima kasih.

 

Layari caknakini.com bagi menyokong usaha pengupayaan OKU di Malaysia

Perbahasan belanjawan 2016, YB Tuan Guru Presiden PAS

Teks penuh perbahasan belanjawan 2016 oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Yang Berhormat Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Hj. Awang, yang diedit dari hansard Dewan Rakyat, 26 Oktober 2015.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Sila Yang Berhormat Marang.

 

Bermula 5.23 ptg.

 

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]:

 

1.   Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca doa dan selawat]

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

saya akan sentuh perkara dasar sahaja kerana masa yang sangat terhad. Saya mulakan dengan menyebut Firman Allah SWT yang menjadi dasar dan panduan kepada bajet. Firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Dan janganlah jadikan tangan mu terbelenggu di leher (bakhil) dan jangan pula terhulur seluasluasnya (boros) dan jangan pula tidak istiqamah (nanti kamu menjadi terduduk dalam keadaan tercela dan kesal). Sesungguhnya Allah melimpahkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan menentukan kadarnya. Sesungguhnya Allah berlaku terhadap hamba-Nya dalam keadaan Maha Mengetahui lagi Maha Melihat.”

 

2.   Inilah petunjuk Allah dalam cara berbelanja yang istiqamah, yang betul bagi individu dan juga negara yang disifatkan oleh Allah menjadi salah satu daripada ciri atau sifat hikmah, kebijaksanaan manusia.

 

3.   Sudah menjadi kebiasaan, pembentangan bajet dikemukakan jumlah hasil dan pendapatan, diikuti peruntukan perbelanjaan yang besar bagi menjana ekonomi negara demi kemajuannya, dengan keselesaan kehidupan rakyat dalam segala aspeknya bersama kelancaran jentera kerajaan. Semua pihak mestilah dalam keadaan selesa adalah kejayaan yang sebenar. Itu sebenarnya yang berjaya. Semua pihak selesa.

 

4.   Bajet tidak mencapai matlamat kalau pihak kerajaan sahaja yang selesa sedangkan rakyat masih menderita dengan masalah mereka belum selesai atau mendatangkan masalah baru yang menimpa kehidupan seperti masalah kemiskinan yang masih ada, kemudahan asas belum dipenuhi dan ditambah inflasi yang membimbangkan kehidupan dalam segala aspeknya, di antaranya ialah kenaikan harga barangan keperluan harian yang tidak boleh ditampung oleh pendapatan yang tidak mencukupi, dan keamanan hidup yang tidak terjamin dengan kadar jenayah yang meningkat atau tidak diatasi, begitu juga kemalangan yang sering berlaku dengan sebab pembangunan yang tidak seimbang.

 

5.   Parlimen menjadi tempat bermuhasabah, sama ada membahaskan yang telah berlangsung untuk menjadi iktibar atau bakal dilaksanakan supaya berhemat dan lebih hikmah.

 

6.   Bagi penganut Islam, diajar beriman, bukan sekadar Wawasan 2020 yang sudah hampir tiba, bahkan yang lebih mencabar lagi menghadapi wawasan akhirat dan adanya perhitungan dosa dan pahala dalam segala aspek urusan hidup bermasyarakat yang tidak dipisahkan daripada Islam yang lebih luas maknanya daripada perkataan ‘agama’ yang difahami oleh pihak yang lain termasuk dalam aspek politik, ekonomi dan pengurusan.

 

7.   Aspek ekonomi pula lebih menjadi penekanan dalam kehidupan duniawi kerana dijadikan laksana berhala yang dipuja oleh semua ideologi dan teori ciptaan manusia, laksana kiblat yang dihadap ketika beribadat. Islam menegaskan aspek ekonomi juga termasuk dalam sebahagian daripada perkara amanah yang besar tanggungjawabnya.

 

8.   Firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu secara wajib supaya kamu menunaikan amanah kepada orang yang ahli (boleh melaksanakan amanah dan menerima amanah itu). Dan apabila kamu menghukum di kalangan manusia semuanya, hendaklah berlaku adil. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

 

9.   Rasulullah SAW memberi amaran, apabila amanah dijadikan peluang mendapat habuan diri, keluarga dan kroni, menandakan berlakunya kemusnahan umat. Dalam aspek ekonomi, seseorang itu akan ditanya daripada mana diambil hartanya, bagaimana dia mengambil harta dan bagaimana dan ke mana dia membelanjakannya. Maka, dalam aspek pemerintah negara lebih besar amanah dan persoalan ini.

 

10.                Perkara hasil dan pendapatan wajib diambil kira, bukan sahaja zat barangannya, diambil kira juga cara pendapatannya. Adakah halal dan harus, daripada hasil bumi atau percukaian dan lain-lain termasuk derma, hutang dan sebagainya?

 

11.                Adakah dengan cara yang betul tanpa zalim menipu termasuk juga hasil rasuah dan salah laku cara mendapat hasil, semuanya disoal. Tetap dipersoalkan juga ke mana dibelanjakan dan bagaimana. Adakah mengenai sasarannya yang betul dengan kadar yang tepat atau melebihi sehingga boros maka Allah berfirman, [Membaca sepotong ayat al-Quran]. “Tunaikan terhadap kalangan yang ada hubungan keluarga akan haknya yang sepatutnya dan orang yang miskin dan musafir yang terputus bekalan. Dan jangan sekali-kali berlaku boros, terlampau boros. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu menjadi saudara-saudara syaitan dan syaitan itu terlalu kufur melawan terhadap Tuhan-Nya”.

 

12.                Bermula cara mendapat hasil yang tidak betul atau salah tetap diambil kira kerana cara yang tidak betul tidak membawa keberkatan. Walau terlalu banyak jumlahnya tidak ada keberkatan, al-Quran menegaskan konsep keberkatan. [Membaca sepotong ayat al-Quran]

 

13.                “Dan kalaulah penduduk negeri beriman dan bertakwa nescaya Kami bukakan untuk mereka keberkatan-keberkatan yang banyak yang turun dari langit dan yang keluar daripada bumi tetapi mereka membohonginya. Lalu Kami mengambil tindakan menghukum dengan sebab apa-apa yang telah dilakukan oleh mereka. Adakah penduduk negeri merasa aman selamat apabila tibanya hukuman Kami di waktu malam ketika mereka nyenyak tidur. Adakah penduduk negeri merasa aman selamat apabila tiba hukuman Kami di waktu duha pagi ketika mereka bermain dan tidaklah merasa selamat daripada langkah hukum kami itu melainkan orang-orang yang rugi”.

 

14.                Perkataan berkat tidak ada dalam teori politik, ekonomi dan masyarakat ciptaan manusia hanya ada dalam al-Quran. Tanpa keberkatan berlakunya bencana alam sekeliling seperti gempa bumi, banjir termasuk jerebu. Bukan sahaja jerebu cuaca termasuk juga jerebu politik, ekonomi dan sebagainya kerana kerakusan tanpa batas seperti tidak mesra alam sekeliling kerana boleh merosakkan alam sekitar kerana rakus untuk mendapat hasil sehingga kerosakan secara langsung daripada tangan manusia menyebabkan inflasi, kejatuhan mata wang, berlaku kerana tidak saksama di antara pengeluar dan kuasa membeli, ataupun pengedaran wang palsu yang boleh berlaku di peringkat antarabangsa.

 

15.                Saya percaya banyak negara dalam ketakutan untuk menyiasat atau mengkaji USD yang menjadi sandaran kewangan dunia itu, adakah kertas kosong yang dicatat sebanyak-banyaknya tanpa sandaran emas dan sebagainya yang bernilai tinggi kerana pencetaknya negara kuasa besar. Semua kesilapan atau kezaliman atau salah laku boleh menjadi bencana alam yang nyata. Dalam sistem pemerintahan Islam disebut Hisbah (Ombudsman), dilakukan bukan sahaja terhadap hasil pendapatan, bahkan dilakukan juga terhadap manusia yang mengurusnya. Di atas konsep hisbah tersebut berlaku peristiwa kepimpinan menjadi teladan secara kenyataan bukannya teori dan slogan.

 

16.                Pada zaman Khalifah Umar bin Khattab r.a., apabila Islam telah berjaya membebaskan tanah jajahan dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom walaupun dianggap negara paling besar, maju dan kaya di zamannya.

 

17.                Namun dua kuasa besar yang kuat dan kaya itu dianggap jahiliah kerana pelaksanaan konsep feudalisme yang memperhambakan rakyat dan menjajah negara dan kaum lain.

 

18.                Walaupun kekayaannya melimpah ruah namun rakyatnya menderita kerana sekadar menjadi hamba kepada kalangan atasan yang memerintah dan memiliki harta secara monopoli. Para petani yang tidak ada milik tanah beberapa generasi hanya layak menjadi laksana abdi kepada tuan-tuan tanah. Para peniaga di cukai yang membebankan, mengambil cukai laksana menyamun tanpa timbang rasa kemanusiaan.

 

19.                Islam telah membawa perubahan dengan kebebasan ekonomi yang tidak menindas dan memperhambakan rakyat serta menjana kewangan negara yang melimpah ruah. Bukan sahaja kemudahan asas rakyat yang sempurna mengikut zamannya bahkan kewangan negara yang melebihi keperluan tanpa kekurangan. Sabda Nabi Muhammad SAW, [Membaca sepotong hadis]. “Akan tiba masanya Islam mencapai kejayaan sehingga harta melimpah ruah tidak ada penerimanya”.

 

20.                Peristiwa menarik berlaku pada zaman Khalifah Umar bin Khattab r.a.. Apabila datangnya longgokan kain di Madinah untuk pakaian merupakan bahan paling sukar didapati di zamannya lalu dibahagikan secara percuma kepada penduduk Madinah.

 

21.                Setelah beberapa hari Khalifah Umar r.a. datang menemui rakyat di masjid dengan berpakaian baru, sebaik sahaja memulakan ucapannya, “Tuan-tuan dan puan-puan, sila dengar dan taat”. Tiba-tiba ada yang menyampuk, “Kami tidak mahu dengar dan taat sehingga Amirul Mukminin atau tuan khalifah memberitahu daripada mana datangnya kain baju baru yang dipakai ini. Ini kerana mengikut bahagiannya tidak mencukupi badan-Mu yang besar, sudah pasti ambil kain dari pintu belakang”.

 

22.                Alasannya kerana mengikut pembahagian yang diberi kepada masing-masing secara saksama tidak boleh mencukupi bagi saiz pakaian Khalifah Umar yang besar badannya sehingga anak Khalifah Umar, Abdullah bin Umar r.a. memaklumkan bahawa dia menghadiahkan bahagiannya kepada ayahnya. Sebaik penjelasan diberi dengan cara yang boleh dipercayai maka si pengkritik menegaskan sila teruskan ucapan sekarang kami sedia mendengar dan mematuhinya.

 

23.                Kita sedang mengalami krisis keyakinan yang lebih besar daripada sehelai kain, berjuta kali ganda daripada kepunyaan Khalifah Umar bin Khattab. Krisis keyakinan yang berlaku seluruh pelosok dunia kita menerima limpahan dan tempiasnya.

 

24.                Berulang kali berlakunya salah laku dalam hasil perbelanjaan dan pengurusan. Walaupun berlaku juga di banyak negara lain dilanda krisis yang melemahkan keyakinan dan kepercayaan kerana tidak amanah. Namun kita jangan sekali-kali berpegang kepada falsafah Pak Pandir yang memijak sebatang kayu buruk bagi menyeberangi parit kerana melihat semut yang ramai jumlahnya dapat meniti dengan selesa menyebabkan Pak Pandir basah kuyup ke dalam parit kerana meniti kayu buruk bersama semut itu atau menyalahkan orang lain tanpa mencerminkan diri sendiri.

 

25.                Marilah kita menjadikan iktibar secara ikhlas bagi memanfaatkan daripada hasil bumi negara kita yang melimpah ruah, tenaga manusia berbilang kepakaran, kemampuan daripada masyarakat majmuk yang sama kemanusiaannya walaupun berbeza bangsa, agama dan budaya.

 

26.                Dengan semangat masyarakat Madani yang bersumberkan bahasa al-Quran daripada perkataan tamadun, kemajuan dan Ad-Din agama dan cara hidup tanpa pemisahan daripada agama.

 

27.                Ibnu Khaldun menegaskan bahawa manusia itu masyarakat Madani mengikut fitrahnya dengan syarat dibangunkan insannya, sifat dan ciri manusianya dengan betul. Aspek jasad, roh, akal individu masyarakat sehingga mampu membina negara dalam segala aspeknya. Bukan sahaja politik yang paling banyak dicaturkan sehingga mencelarukan bahkan termasuk juga ekonomi, keamanan dan keselamatan di semua peringkat. Merangkumi semua aspek kejadian manusia dan urusan kehidupannya daripada individu, keluarga, kelompok yang kecil sehinggalah sebuah negara masyarakat majmuk dan masyarakat antarabangsa.

 

28.                Percayalah bahawa kegagalan terus berulang sehingga lebih setengah abad sudah memerintah sendiri, merdeka tetapi masih tetap naik turun dan pasang surut. Tanpa mencapai ke tahap negara maju dan kuat.

 

29.                Wawasan 2020 sudah hampir. Pencetusnya masih hidup dan sangat berusia, namun tahap pencapaiannya secara menyeluruh belum hampir mencecah harapan. Maka kaum bumiputera yang sudah ke belakang menjadikannya tetap lebih jauh ke belakang kerana yang maju menjadi lebih maju.

 

30.                Konsep perlumbaan dalam teori liberal kapitalisme menjadikan kekayaan berpusing di kalangan tertentu sahaja, menyebabkan terus melakukan perkara yang dilarang oleh Quran. [Membaca sepotong ayat al-Quran]. “Jangan harta itu berpusing di kalangan orang-orang kaya yang tertentu sahaja”.

 

31.                Allah mencipta manusia dengan sifat kemampuannya mentadbir dan mengurus . Firman Allah, [Membaca sepotong ayat Al-Quran], “Adakah kamu tidak dapat melihat betapa Allah menciptakan untuk kamu segala apa yang ada di langit dan di bumi? Lalu Dia melimpahkan kepada kamu segala nikmat yang zahir dan sesungguhnya Allah mencipta manusia dengan sifat kemampuan jasad, roh dan akal. Kalau Allah tarbiyah dengan pendidikan dan pelajaran yang baik merangkumi semua sifat kemanusiaannya nescaya dapat mengurusnya dengan kebaikan yang berkatnya membawa pulangan yang melimpah-ruah.

 

32.                Seorang ulama’, zaman para sahabat terdahulu pada zaman keemasan Islam mengisahkan dia menyaksikan dua zaman dalam era Kerajaan Ammawiyah katanya, “saya menyaksikan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik meninggalkan harta pusaka berjuta dinar dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz meninggalkan harta pusaka sejumlah hanya 20 dinar. Tiba-tiba saya menyaksikan anak Khalifah Sulaiman menjadi peminta sedekah, dan saya menyaksikan anak Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjadi hartawan dan dermawan yang mampu menyumbang beratus-ratus ribu dinar”, menunjukkan betapa peranan manusia adalah pertama dan utama.

 

33.                Peranan manusia adalah pertama dan utama. Peruntukan sumber modalnya hanyalah bahan dan alat yang dirancang dan urusan bagi melaksanakan pelaburan secara istiqamah adalah manusia tanpa bakhil dan boros yang dimasukkan dalam perkara kebijaksanaan daripada petunjuk Allah.

 

34.                Bermakna perlukan belanjawan yang konsisten tanpa bakhil dan tanpa boros. Bakhil menyusahkan rakyat, menjadikan rakyat tidak menyumbang kepada negara maka negara tidak maju. Boros boleh merosakkan harta negara juga tidak maju. Inilah maknanya alwasatiyyah dalam aspek ekonomi yang menjana ekonomi negara.

 

35.                Negara memerlukan  pengurusan yang bijaksana, perbelanjaan yang betul dan adil tanpa kebijaksanaan ini, hasil yang banyak tidak mendatangkan apa-apa faedah. Berlakunya perbahasan bajet tambahan setiap kali selepas adanya persidangan bajet umum menunjukkan adanya lubang yang membocorkan menjadikan kewangan peruntukan yang tidak konsisten atau pengurusan yang salah. Adanya surplus, lebihan, menandakan kebijaksanaan. Berlakunya defisit, kekurangan menandakan tidak bijak atau pun penyelewengan.

 

36.                Muhasabah sahaja terhadap bajet tidak mencukupi. Kita juga memerlukan pembetulan terhadap kesilapan dan tindakan yang adil terhadap penyelewengan. Sering kali kita mencipta kehilangan wang negara dengan pelbagai peristiwa yang ditinggalkan zaman tanpa penyelesaian. Ditutup puncanya di bawah karpet, untuk dilupakan sehingga tidak dijadikan iktibar undang-undang dan penguatkuasaan yang laksana sarang labah-labah, yang hanya memerangkap nyamuk dan lalat, meloloskan helang dan jerung yang besar.

 

37.                Peristiwa terkini yang diuar-uarkan 1MDB hanyalah mengulangi drama BMF, PERWAJA, Mika Holdings dan lainlain.

 

38.                Tidak habis-habis menyalahkan di antara satu sama lain silih berganti tanpa keinsafan. Nampaknya kemampuan kita sekadar meminta supaya bertaubat , insaf dan jangan ulang lagi.

 

39.                Namun Islam mencipta sejarah apabila Nabi Muhammad SAW bertindak memaafkan epada yang bersalah ketika fathul makkah dengan keinsafan selepasnya telah berjaya mencipta tamadun baru. Apabila mereka yang istiqamah betul sepanjang masa, bergabung tenaga dengan mereka yang insaf menebus kesalahan yang lalu dengan khidmat yang sangat cemerlang sebelum meninggal dunia.

 

40.                Allah sentiasa menguji kita dengan cabaran dalaman dan di luar kita. Firman Allah, [Membaca sepotong ayat Al-Quran], “Dialah yang menerima taubat hamba-hambaNya dan memaafkan mereka daripada dosa-dosa. Padahal Dia mengetahui apaapa sahaja yang kamu lakukan, Dia menerima orang-orang yang beriman dan menambahkan kurniaNya. Dan bagi orang-orang kufur melawan hukuman azab yang sangat dahsyat. Kalau Allah melimpah-ruahkan rezekiNya tanpa batas, nescaya mereka jadi melampau. Namun dikurniakan mengikut kadar yang Dia kehendaki, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui berkenaan hamba-hambaNya lagi Maha Melihat”.

 

41.                Sangat menakjubkan kerana Allah menurunkan ayat ini dalam Surah As-Syura yang bermakna mesyuarat menunjukkan diberi peluang bermesyuarat dan bertaubat, bukan sekadar mendesak supaya menghukum yang tidak boleh menyelesaikan masalah.

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

42.                Manusia bermasyarakat madani, bukan sahaja dalam aspek masyarakat yang sempit bahkan Al-Quran meluaskan skopnya dengan makna yang luas, mencakupi seluruh dunia dan semua aspek kehidupan manusia yang bermasyarakat termasuk aspek ekonomi.

 

43.                Penegasan Al-Quran meletakkan manusia semuanya adalah satu keluarga. Firman ALLAH, [Membaca sepotong ayat Al-Quran], “Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu asalnya daripada seorang lelaki Adam dan seorang wanita Hawa dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku kaum supaya kamu bertaaruf sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui berkenaan diri kamu dan Maha Mengetahui berkenaan urusan kamu”.

 

44.                Menegaskan bahawa manusia itu pada hakikatnya berkeluarga besar, berasal daripada bapa dan ibu yang sama kemudian berkembang ke seluruh pelosok dunia, di tempat dan cuaca yang berbeza menjadikan mereka pula pelbagai bangsa, bahasa, warna kulit dan semua yang berlainan.

 

45.                Namun tetap menjadi keperluan semua manusia membabitkan mereka bertaaruf bukan sahaja maknanya daripada segi bahasa sekadar berkenalan wajah, bahkan juga saling berhajat di antara satu sama lain dalam semua aspek.

 

46.                Ibnu Khaldun, bapa ilmu Sosiologi menegaskan keperluan manusia dalam keperluan hidup termasuk dalam aspek ekonomi mewajibkan bermasyarakat Madani bertamadun dengan ilmu, iman dan akhlak. Semuanya daripada perkara ad-din mewajibkan kerjasama yang adil dengan penuh saksama di kalangan manusia sama ada dalam kelompok yang kecil sehinggalah paling besar di peringkat antarabangsa dan alam sejagat.

 

47.                 Inilah hikmahnya Al-Quran menegaskan manusia seluruhnya pada hakikatnya adalah satu keluarga. Walaupun berbeza bangsa, agama dan budaya dan lain-lain namun memerlukan percampuran bahan. Kebolehan, kepakaran dan tenaga, pertukaran dan tolong-menolong dalam perbezaan tersebut serta kemajuan masing-masing.

 

48.                Ada negara yang kaya dengan sumber pertanian, ada pula yang kaya dengan sumber galian, ada pula yang kaya dengan kemahiran dan kepakaran dan ada yang kaya dengan tenaga rakyat.

 

49.                Pada dasarnya adalah tidak mungkin seorang manusia ada satu bangsa, ada satu negara mempunyai segala-galanya. Maka dalam aspek ekonomi juga mewajibkan adanya hubungan kerjasama dan pembahagian kekayaan agar pendapatan yang adil dan saksama. Al-Quran yang menjadi kitab mukjizat memaparkan kisah terdahulu yang berulang dengan situasi realiti terkini.

 

50.                Allah mendedahkan ada kalangan para rasul yang menentang jahiliah ekonomi. Firman Allah mengisahkan kerasulan Nabi Shuib AS [Membaca sepotong ayat Al-Quran],“Dan kepada penduduk Madyan, diutuskan saudara mereka Nabi Shuib menjadi rasul. Dia berkata, Wahai kaumku, abdikan diri kamu kepada Allah, tiada lagi tuhan selain daripadaNya telah datang kepadamu keterangan daripada tuhan kamu. Maka tunaikan sukatan dan timbangan dengan betul, jangan sekali-kali mengambil sesuatu hak manusia secara jahat dan jangan melakukan kejahatan di bumi selepas dilakukan kebaikan. Itulah yang lebih baik kepada kamu sekiranya kamu beriman. Jangan duduk di jalanan untuk melakukan ancaman bagi merampas harta orang yang lalu dan menghalang manusia dari jalan Allah kerana mahu berlaku menyeleweng. Ingatlah nikmat Allah di mana kamu dahulunya sedikit, lemah dan susah, lalu Allah membanyakkan kamu daripada segi bilangan kaum dan kemewahan hidup. Biarlah apa-apa bencana yang telah menimpa ke atas mereka, yang melakukan kejahatan.

 

51.                Paparan daripada al-Quran menunjukkan bahawa Rasul juga ditugaskan menentang jahiliah ekonomi. Hamba-hamba manusia yang bertuhankan harta menjadikannya matlamat hidup yang dipuja selain Allah, mempersucikannya secara kotor sehingga berlaku zalim terhadap sesama manusia sehingga melupai sifat kemanusiaan. Gejala ini mencetuskan era kezaliman pada zaman lampau sehingga merampas bumi dan hasilnya serta memperhambakan sesama manusia.

 

52.                Kalau di zaman dahulu kuasa Barat yang maju dengan kuat selepas revolusi industri. Demi menjana kemajuannya, maka dibentuk armada untuk merompak di lautan luas. Selepasnya sanggup menjajah bumi, merampas hasil bumi dan menawan penduduk yang lemah, dijadikan abdi yang diperniagakan.

 

53.                Selagi gejala tersebut berterusan, maka keadaan yang mengikut perkembangan zaman sehingga serba boleh, maka diwujudkan penyelesaian masalah ekonomi bagi negara besar. Demi kepentingannya sahaja dengan mempergunakan negara sederhana dan kecil. Di atas konsep ekonomi bebas mengikut sistem liberal kapitalisme atau sosialisme, mengikut agenda globalisasi, menjadikannya lebih moden dan canggih.

 

54.                TPPA adalah agendanya bagi menghapuskan sempadan bumi dan perairan negara. Bersamanya dihilangkan sempadan sifat kemanusiaan sejagat dan hak asasi yang adil sesama manusia yang berkeluarga secara masyarakat madani. Kalau penjajah purba merompak tanpa undang-undang, maka penjajah baru diadakan undang-undang melindungi rompakan global di sebalik perjanjian yang dimateraikan, laksana cacing kerdil yang menumpang dalam perut ular yang lebih besar atau ikan kecil menumpang jerung yang besar lagi ganas.

 

55.                Begitulah betapa jadinya petani di negara yang sedang membangun sejak lebih setengah abad masih belum terbangun dengan sendirinya. Turut bernaung di bawah ketiak bekas penjajah yang masih berpeluh dengan semangat penjajahannya. Di mana petani yang memiliki tanah sekangkang kera yang majunya membajak dengan traktor Kubota paling kecil ditolak. Ada yang membajak dengan kerbau, menandingi petani negara besar yang memiliki ladang beribu-ribu hektar dengan jenteranya yang besar dan canggih.

 

56.                Di samping kemajuan sains dan teknologinya, begitulah juga nasib nelayan kecil yang bersampan menandingi kapal-kapal armada nelayan meredah lautan luas, sama sahaja nasibnya para kontraktor tempatan akan bersaing dengan kontraktor gergasi yang masuk kerana perjanjian yang merobekkan sempadan ekonomi negara.

 

57.                Belum lagi dikira USD yang tidak diketahui cagarannya. Adakah kertas kosong tetap perkasa? Mungkin kertas kosong kerana kuasa besarnya bersemangat penjajah melindunginya dengan kadar ringgit yang tidak mampu dipertahankan.

 

58.                Sepatutnya zaman pemimpin rakyat yang berjoli dengan umpan kereta Rolls Royce dan teksi terpakai daripada England dibeli menjadi kereta rasmi sudah cukup menjadikannya tampak peduli rakyat yang masih berkaki ayam sudah berlalu dalam lipatan sejarah. Oleh kerana seseorang yang beriman tidak harus disengat dua kali daripada lubang yang sama. Oleh kerana kita dikatakan sudah merdeka dan berulang kali menyambut Hari Kemerdekaan.

 

59.                Akhirnya, selamatkan keadaan secara bermasyarakat madani. Di kalangan negara serantau ASEAN, negara satu umat, seagama OIC dan juga satu kemanusiaan NAM, dengan adil dan saksama kemanusiaan bermoral, bukannya negara rimba dengan kemajuan sains dan teknologi yang menjadikannya lebih ganas daripada binatang buas kerana berakal dan berilmu yang disalah gunakan, itulah namanya jahiliah walaupun sudah berada dalam abad yang baru.

 

60.                Firman Allah SWT, benarlah firman Tuhan [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Telah zahir keburukan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia sendiri supaya dirahsiakan kepada mereka sebahagian daripada perubatan mereka. Mudahmudahan mereka kembali kepada kebenaran.”

 

61.                TPPA bukannya penyelesaian ekonomi global, bahkan lebih bersifat penjajah baru dalam aspek ekonomi kerana tidak mewujudkan kerjasama yang saksama dan adil. Adalah lebih baik bagi negara kita mengadakan kerjasama serantau dan negara yang terdekat di utamakan.

 

62.                Kerjasama ASEAN, OIC, China, Jepun, Rusia, selepasnya diikuti Eropah dan Amerika tanpa bermusuh dengan sesiapa dengan menggunakan bahan bersama secara adil. Sama ada sumber bumi, kepakaran dan tenaga kerja yang bersifat kerjasama yang adil.

 

63.                Bebaskan daripada bergantung dengan USD, kepada Dinar ataupun mata wang Asean dan sebagainya dengan membebaskan diri daripada mata wang negara yang juga mengalami krisis ekonomi dengan menjadikan kita pelampung penyelamat yang ditinggalkan selepas mereka selamat.

 

64.                Akhirnya, saya ingin menyentuh mengenai masalah keamanan dan keselamatan. Firman Allah SWT [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Allah berjanji kepada orang yang beriman dan beramal soleh daripada kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka kalangan yang memerintah di muka bumi sebagaimana dijadikan daripada kalangan umat terdahulu. Dia menjadikan Din Islam berkuasa memerintah. Lalu Dia menukar keadaan daripada ketakutan kepada keamanan. Mereka boleh beribadah kepadaKu Allah dalam keadaan tidak syirik terhadapKu dengan sesuatu yang lain dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itu orang yang fasik.”

 

65.                Allah menjanjikan bahawa keamanan akan wujud apabila syariat Islam yang ada kehebatan menggerunkan penjenayah. Di mana proses kehakimannya sukar dihukum dengan syarat-syarat yang ketat kepada institusi kehakiman yang melibatkan para hakim, saksi dan keterangan dengan segelintir yang sangat kecil di jatuhkan hukuman qisas, hudud dan takzir akan mengatasi jenayah yang menggugat keamanan masyarakat yang sehingga kini menjadi masalah global apabila kadar jenayah naik mendadak di negara yang paling maju dan kaya di dunia.

 

66.                Sudah tiba masanya kita kembali kepada syariat Islam yang adil daripada rahmat Allah. Cukuplah memberi keinsafan dengan kelemahan undang-undang ciptaan manusia dengan peningkatan jenayah.

 

67.                Seterusnya, kita melihat pada keamanan dunia yang juga terancam oleh pertarungan yang menumpahkan darah sana sini. Mengapa umat Islam disalahkan sehingga mencetuskan Islamophobia yang sengaja dicetuskan oleh media barat yang dikuasai Zionis.

 

68.                Semua kekacauan, khususnya di Asia Barat adalah agenda penjajah. Negara kuasa besar yang pernah menjajah semenjak beberapa abad, mereka telah mencetuskan dua perang dunia yang dahsyat.

 

69.                Kajian yang adil dilakukan, bukan sahaja mereka menjadi punca dua peperangan yang dahsyat itu, bukan paling ramai mangsa korban adalah anak-anak negeri yang dijajah, khususnya umat Islam. Sama ada yang dikerah secara paksa menjadi tentera atau terpaksa berperang kerana tanah airnya dijadikan medan peperangan.

 

70.                Secara kebetulan, negeri umat Islam kaya dengan sumber alam. Secara kebetulan kedudukan geografi peta dunia Islam menjadi laluan strategik, laluan sumber tenaga dan perjalanan perdagangan.

 

71.                Daripada Selat Melaka terletak di antara Malaysia dan Indonesia sehingga Bap Mandap, pintu Laut Merah. Melalui Terusan Suez berada di dalam bumi Mesir sehingga Selat Bosporus di Istanbul, pintu ke Laut Hitam dan juga pintu Laut Mediterranean adalah tanah air umat Islam.

 

72.                Maka, kawasan ini sering kali menjadi mangsa peperangan. Langkah kuasa besar menubuhkan negara haram Zionis Israel dengan merampas dan menjadikan penduduk asalnya sehingga menjadi pelarian adalah jenayah perang yang paling besar dalam sejarah manusia. Semata-mata bagi menjaga kepentingan mereka daripada sumber tenaga paling kaya di rantau itu. Sehingga dilakukan apa sahaja walaupun mengorbankan manusia yang dibunuh atau menjadi pelarian.

 

73.                Konflik yang berlaku di rantau itu sekarang adalah agenda serampang yang lebih daripada dua mata. Bagi menyelamatkan Israel dan peperangan yang menjana ekonomi mereka dengan permainan harga minyak dan perniagaan senjata yang mencetuskan peperangan secara proxy di atas kejahilan agama dan semangat perkauman yang sempit. Semua pihak dibekalkan senjata dan logistik yang dianggap boleh digunakan dengan membunuh sesama sendiri dan membayar duit sendiri kepada pihak yang melagakan mereka dengan menggunakan kesilapan yang berlaku, seperti kezaliman pemerintah terhadap rakyat ataupun perbezaan agama antara Islam dan Kristian atau mazhab dalam satu agama atau kaum etnik yang berbeza.

 

74.                Sebenarnya sudah di rantau itu beribu tahun dan Islam telah menyatukan mereka. Bukan Islam yang salah tetapi kejahilan setempat, kezaliman pemerintah dan musuh. Islam mewajibkan kita bersabar dalam kesilapan, dalam negara umat dan negara sendiri. Walaupun terpaksa mengorbankan diri dan harta, bukannya merosakkan umat dan negara daripada dalam.

 

75.                Wajib membezakan di antara menentang musuh luar yang menceroboh dan menghadapi kesilapan dalam negara sendiri. Di atas kuasa ini, maka PAS sanggup bertahan kalah teruk dan sedikit kemenangan. Walaupun kemenangan yang dikejar kelihatan terlalu jauh kerana kami berpegang kepada janji untuk Allah, dua kemenangan dunia dan akhirat.

 

76.                Bahkan kita berjanji tetap bersama menentang musuh luar dan sesiapa sahaja mahu mengganggu urusan negara kita walaupun dalam perkara masalah yang wajib kita betulkan, walaupun kita sedar kesalahan dalaman kita jangan musuh luar campur negara kita. Biar kita sendiri [Tepuk] dan kebiasaan kita sendiri. Jangan sesekali menjemput musuh luar datang ke sini.

 

77.                Kita mahu mengharamkan peristiwa penjajahan berulang kerana nabi kita Muhammad menyebut tidak harus orang beriman disengat satu lubang iaitu sebanyak dua kali.

 

78.                Kita berpendapat langkah penyelesaian yang diwujudkan dua negara Palestin adalah mustahil dan tidak lebih diiktiraf negara rompakan terhadap bumi Palestin dan menubuhkan negara haram Israel yang menjaga kepentingan kuasa besar di kawasan Asia Barat.

 

79.                Sejarah bangsa Yahudi sejak beribu tahun tidak boleh menjadi alasan dan bukan bangsa Yahudi menjadi penduduk asal di Palestin. Tanpa dinafikan bangsa Yahudi yang berada di situ berhak menjadi rakyat dan beribadat menjadikan maha suci mereka. Kalau sejarah itu dipakai maka bangsa Red Indian lebih berhak memerintah mereka. Orang Asli di Australia dan New Zealand lebih berhak daripada bangsa kulit putih.

 

80.                Akan tetapi kita membaca petua terkini dan Islam menegah bahawa bumi adalah kepunyaan Allah dan menjadikan manusia satu keluarga yang wajib bermasyarakat madani secara bersaudara.

 

81.                Sepatutnya satu negara Palestin yang mengandungi masyarakat majmuk, al- Quran telah menjelaskan penyelesaiannya. [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Dan kalau Allah tidak menjadikan manusia bertolak menolak di antara benar dan salah nescaya dibinasakanlah kuil-kuil penganut Yahudi, gereja Kristian, sembahyang-sembahyang dan masjid-masjid yang disebut dalam nama Allah sebanyak-banyaknya”.

 

82.                Sejarah membuktikan betapa Yahudi dan Kristian tidak mengizinkan di antara satu sama lain dan berbunuhan. Serta memusnahkan rumah ibadat silih berganti sehinggalah Islam mengambil alih dan mengiktiraf Baitulmuqaddis adalah tanah suci berpenganut tiga agama samawi Islam, Kristian dan Yahudi.

 

83.                Kalangan pelampau Yahudi yang bergerak dengan pertubuhan Zionis berjuang untuk menguasai Baitulmuqaddis kononnya bagi penganut Yahudi sahaja bahkan yang lebih pelampau lagi mahu merobohkan Masjid Al-Aqsa supaya diganti dengan kuil Yahudi yang dinamakan Haikal Sulaiman.

 

84.                Seterusnya menggali untuk mencari tabuk peti keramat yang memberi kekuatan berperang bagi menakluki dunia seluruhnya dengan mencetuskan peperangan terhadap semua bangsa dan agama bersama semangat cerita dongeng yang direka oleh pendeta-pendeta mereka yang menyeleweng daripada ajaran Nabi Musa dan Nabi Harun a.s.

 

85.                 Namun mazhab Yahudi Ortodok Neturei Karta pula berpegang bahaya usaha menubuhkan negara Israel adalah menggali kubur bagi menghapuskan bangsa Yahudi kerana menyeleweng ajaran yang sebenar. Saya berharap agar kerajaan kita tidak berpengaruh dengan cadangan penyelesaian dua negara yang ditaja oleh kuasa besar yang dipenuhi oleh Zionis.

 

86.                 Isu politik zalim dalam negeri dan antarabangsa dan isu ekonomi yang zalim meminggirkan sesama manusia mencetuskan wujudnya pelarian yang merebak di seluruh pelosok dunia sehingga Setiausaha Agung PBB mengaku sudah menjadi isu global.

 

87.                 Al-Quran telah menyatakan penyelesaian terhadap isu ini sejak 15 abad yang lalu. Apabila Allah menurunkan wahyunya dalam al-Quran. [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Dan jika seseorang bukan Islam mursyid datang meminta perlindungan maka berikanlah perlindungan kepadanya sehingga mendengar kalam Allah kemudian sampaikan ke tempat yang aman walaupun pendatang yang dizalimi itu kalangan penganut bukan Islam.

 

88.                Wajib diberikan perlindungan menunjukkan Islam memberi jaminan hak kemanusiaan sehingga merentasi sempadan agama yang berbeza walaupun diwajibkan berdakwah”.

 

89.                Islam melarang paksaan sebelum menerima Islam. Sekiranya mereka tidak menerima Islam hendaklah diberi keamanan sama ada dia benar berada dalam negeri umat Islam atau ke negeri yang aman kepadanya. Tidak diizinkan, dipaksa pulang ke negeri yang menzaliminya.

 

90.                Ke atas semangat inilah masyarakat Pantai Timur menjadi Islam menerima pendatang mangsa peperangan Vietnam dan Kemboja pada tahun 70-an. Sehingga kini nelayan-nelayan kita yang hanyut ke perairan mereka dilayan dengan baik kerana mengenang budi kita. Konsep Islam inilah yang menjadi panduan undang-undang antarabangsa dan piagam Geneva yang berkait dengan pelarian.

 

91.                Kita sepatutnya merasa kecewa dengan negara-negara jiran yang kaya raya menangani masalah Asia Barat dan merasa kecewa dengan agenda memaksa terhadap penganut Islam secara halus di negara-negara Arab dan mengutamakan kalangan profesional demi kepentingan ekonomi selain mengatasi masalah kemanusiaan.

 

92.                Akhirnya, saya ulangi ayat tema yang pernah diucapkan oleh Perdana Menteri dalam bajet yang lalu untuk dijadikan peringatan. [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Abdikan diri kepada Tuhan punya Kaabah ini yang memberi makan sehingga tidak lapar dan memberi keamanan sehingga tidak takut. Kosong beribadah, ekonomi yang memberi kehidupan dan politik yang mewujudkan dengan keamanan”. Sekian, terima kasih.

 

Selesai pada 6:05 ptg.

 

Layari caknakini.com bagi menyokong usaha pengupayaan OKU di Malaysia