TOP-UP UNTUK SEMUA

TOP-UP UNTUK SEMUA
Klik pada gambar untuk sertai kami dan nikmati penjimatan top-up, bayaran bil telefon, bil Astro dan bil utiliti terpilih.

Monday, July 7, 2014

Pakatan Rakyat yang kian ditolak rakyat

SEBAGAI seorang yang tiada apa-apa dalam Pakatan Rakyat, sungguh saya berharap agar pesanan ini sampai kepada mereka yang berkepentingan. Dengan keadaan yang jauh dari disenangni rakyat seawall dua tahun umur pemerintahan, Pakatan Rakyat kini kian mengundang muak rakyat di Selangor.

 

Pakatan Rakyat yang dikatakan harapan rakyat begitu dilihat tidak konsisten dalam menerajui pembaharuan suasana politik tanah air. Apatah lagi dalam kemelut Menteri Besar di saat ini, reportasi Pakatan Rakyat sebagai tempat harapan disandarkan kian tercalar di jiwa rakyat.

Pun begitu itu bukanlah pokok perbincangan kita kali ini. Apa yang akan saya catatkan adalah luahan hati dari pelbagai lapisan rakyat yang kian merasai perubahan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat bagai melepas batuk di tangga.

 

Prestasi cemerlang Pakatan Rakyat pada dua tahun pemerintahan sebaik menerajui kerajaan 2008 kadangkala dirasa hanya satu mimpi. Segala kebijatan dan kecelaruan pemerintahan sebelum 2008 tampak bagai diulang.

 

Mutakhir ini kemelut rakyat bagai tidak diendah oleh pimpinan utama yang berkuasa di dalam negeri. Setiap kali laporan dikeluarkan, semuanya indah bagai tiada kecacatan.

Apakah pimpinan negeri telah cukup yakin dengan laporan-laporan yang disediakan oleh kakitangan yang dibayar gaji? Apakah kemenangan 2013 telah menjadi kayu pengukur yang cukup baik higggakan pimpinan negeri dalam kerajaan tidak lagi perlu turun padang?

Kesusahan rakyat dengan pelbagai karenah dan kemelut bawahan kian dirasa tiada siapa yang peduli. Budaya rasuah yang dulunya cukup bermaharajalela kini dilihat kian menular.

Telah mula kontraktor dan kumpulan professional mula mempersoal kecekkapan dan ketulusan yang tidak kekal. Jika dua tahun yang awal segalanya cukup lancer dan cekap tanpa menanti lama, kini makan bulan hingga tahun menjadi biasa.

 

Pelan perumahan biasa yang dulunya lulus tanpa menunggu lama, kini mencecah bilangan tahun masih belum diluluskan. Telah masyhur di mana-mana rakyat menyebut mereka (merujuk kepada kakitangan awam) mahu macam dulu. Mahu macam dulu bermakna budaya rasuah sebelum 2008 umpama ingin terus dibudaya.

Kepincangan-kepincangan sedemikian cukup dirasa dalam kawasan-kawasan perbandaran yang kian pesat membangun. Tidak perlulah saya nyatakan di mana tempat atau lokasi.

 

Keadaan yang ada hari ini cukup bahaya untuk kelangsungan Pakatan Rakyat. Muak dengan sikap tidak konsisten tersebut, rakyat yang ramai terkilan cukup hanya tidak keluar mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

 

Usah dituding jari pada mereka yang selamanya telah memusuhi kita. Apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Kecil Kajang adalah iktibar dan isyarat protes untuk pimpinan Pakatan Rakyat ambil kesah. Jangan bersikap tidak ambil peduli atas kemerosotan mejoriti dan bilangan keluar mengundi.

 

Moga tulisan ringkas ini mampu menginsafi setiap pimpinan yang lena. Usah ghairah bawa perubahan tanpa tersedar mata pisau dari pelbagai arah yang sedia menikam diri.

No comments:

Post a Comment