Sunday, June 28, 2009

Kalau buta, jangan kurang dari saya!

BUTA? Memang saya buta. Pun begitu, banyak juga yang orang lain tahu saya juga tahu.

 

Tapi yang satu ni memang saya tak pernah kenal. Tak tahulah orang lain. Anda kenal Jean Todt? Kalau yang serupa dengan saya tak tahu dan tak kenal hamba Allah ni, boleh baca laporan Harakah Daily.

 

Sebagai seorang rakyat yang serba daif, saya amat kecil hati dengan perbelanjaan yang diberikan kepada Jean Todt. Saya tak tahu apa nikmat yang saya perolehi natijah dari perbelanjaan RM 1 Juta tersebut.

 

Kecil kepada kerajaan yang kaya amat besar pada rakyat seperti saya. Semoga setiap sen dibelanjakan akan dinilai natijah yang dinikmati oleh kami. – 5 Rejab 1430H.

Monday, June 22, 2009

Analisa harga semasa minyak mentah.

BOLEH juga diperolehi di Forex Malaysia.

 

LAMA saya tak bercerita perihal harga minyak mentah. Maklum sajalah, duk perah keringat mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga. Di kesempatan ini, suka saya berkongsi sedikit dapatan dari secebis pemerhatian yang sempat dibuat.

 

Pada saat penulisan ini dibuat iaitu 4:11PM (waktu tempatan) harga  minyak mentah Light Sweet dalam pasaran hadapan bagi penghantaran Ogos ialah USD 69.93 setong. Ke manakah halatuju harga tersebut?

 

TAHUN 2009.

 

Bagi tahun ini, minyak jenis Light Sweet telah mula diniagakan pada harga USD 54.51 yang kemudiannya telah mencecah harga terendah untuk tahun ini iaitu USD 33.56 iaitu pada bulan Februari yang lalu. Sejak itu, harganya telah menunjukkan kenaikan hinggalah mencecah harga tertinggi iaitu USD 73.4 pada bulan Jun baru-baru ini. Persoalannya, adakah kenaikan ini bersifat jangka panjang atau sementara sahaja?

 

Saya suka menilai kenaikan ini dari sudut teknikal berbanding pelbagai sentiment yang berlegar dalam pasaran. Jika ditinjau, kenaikan ini memulakan trendnya pada bulan Februari lalu saja.

 

 RELATIVE STRENGTH INDEX.

 

Secara data bulanan, petunjuk teknikal berasaskan Relative Strength Index RSI (14), nyatanya trend yang menunjukkan kenaikan tersebut masih tidak berupaya meletakkan kekuatan lebih 50% untuk petunjuk menurun bertukar kepada menaik.

 

Pada waktu ini, RSI (14) masih di bawah paras 50% (paras kenaikan) iaitu hanya pada 47.94 sahaja. Kenaikan dari paras terendah pada Februari lalu hingga paras tertinggi baru-baru ini justeru masih belum boleh dikatakan kenaikan yang bersifat jangka panjang.

 

GARIS PSIKOLOGI.

 

Saya meletakkan sebarang perubahan trend dari menurun kepada  trend menaik pada tahun ini ialah pada paras harga USD 74.39. penilaian mengikut ukuran Pivot tahunan ini boleh kita jadikan petanda aras untuk lebih berhati-hati dalam membuat pemerhatian.

 

Secara umumnya, harga yang bermula di bawah paras psikologi ini bolelah dikatakan sebagai harga yang akan terus meningkat jika ia berjaya melepasi paras tersebut dengan mudah. Sebaliknya, jika harga yang bermula di bawah paras tersebut sukar melepasinya dengan mudah dan hanya mencecah untuk seketika, harga tersebut dijangka akan terus menurun.

 

Dalam konteks sekarang, paras psikologi ini pun masih belum dilepasi mahpun dicecah oleh harga semasa. Kedudukan ini lebih mendorong untuk membawa harga semasa menurun dalam tempoh jangka panjang.

 

Pemerhatian penuh berhati-hati mesti dilakukan bila berhadapan dengan harga yang bermain di sekitar paras psikologi ini. Sebagaimana yang disebut di atas, paras ini merupakan paras percubaan untuk harga terus meningkat atau mengekalkan trend penurunan jangka panjangnya.

PERKEMASKAN HEDGING DALAM PASARAN HADAPAN.

 

Sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini, prinsip "Hedging" perlu sangat diambilkira bagi mengawal harga domestic agar ia stabil meskipun berhadapan dengan keadaan tidak menentu di peringkat global. Sebagai sebuah Negara pengeksport minyak, hedging boleh dibuat secara fizikal iaitu import dibalas dengan eksport atau hedging yang dibuat dalam pasaran hadapan.

 

Sehingga kini, saya masih mencari-cari sebarang usaha untuk hedging dilakukan oleh Negara melalui mana-mana antiti demi menstabilkan harga minyak domestic.

 

KESIMPULAN.

 

Sedikit pemerhatian ini hanyalah secebis sumbangan saya untuk Negara yang tercinta. Di sebalik coretan ini, masih banyak kelemahan yang perlu dipulihkan dan masih banyak kajian yang wajip dijalankan. Semoga keberkatan dari nya jualah merungkai setiap simpulan agar kesejahteraan akan terus dikecapi. – 28 Jamadil Akhir 1430H.

Impian 9/16 yang gagal dan Kerajaan Perpaduan yang dilangsaikan, UMNO pening-pening lalat!

SEMOGA dengan gagalnya impian 9/16, terlepasnya kata sesama Pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat dan selesainya isu "Kerajaan Perpaduan", usaha untuk mensejahterakan rakyat dapat digembeling secukupnya.  

 

TENANG DAN SELESAI! Itulah yang seharusnya dihasilkan natijah dari laporan Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS. Untuk permudahkan, dipetik dari laporan tersebut sebagaimana di bawah ini:

 

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihanya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

 

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

 

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno/BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

 

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

 

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

 

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

 

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

 

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

 

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

 

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

 

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan

 

dengan kenyataan pimpinan pakatan.

 

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya./wann – 28 Jamadil Akhir 1430H.

Friday, June 19, 2009

Segera, segera, balik kepada Al-Quran dan Sunnah!

HENTIKAN segala propaganda dan masanya kini  untuk merapatkan ukhuwah. Petikan di bawah bersumberkan laporan Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi.

 

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

 

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

 

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

 

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

 

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

 

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

 

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

 

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

 

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

 

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

 

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

 

Bersandarkan nas syara'

 

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

 

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

 

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

 

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

 

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

 

Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_    

 

Jihad tiada permaidani merah melainkan jalan yang penuh duri. – 25 Jamadil Akhir 1430H.

Thursday, June 18, 2009

Biar 20 tahun nikmati hidup bersama, masih terselak tabir talak, apa nak hairan!

SEBAIK solat Zohor kelmarin, terkejut besar saya membaca laporan yang begitu mendukacitakan. Cari punya cari, disahkan pula dalam satu blog yang mengiakan Utusan Malaysia tersebut.

 

Sedikit pengalaman saya yang sentiasa berhadapan dengan kes pertikaian rumah tangga, pertelingkahan tersebut dapat juga saya terima dengan berlapang dada. Lagikan suami isteri yang tidur sekatil dan sebantal selama lebih 20 tahun boleh bergaduh sakan, apatah lagi dalam berjemaah yang mana syaitan sentiasa mencari ruang untuk memusnahkan keutuhannya.

 

Saya cuba menilau sebarang coretan dari pimpinan yang saya sanjungi. Sebagai seorang yang sekian lama berjuang dengan gerakan Islam, saya salin semula coretannya dan di bawah ini ada sandaran yan gsaya yakini tertanam jauh di lubuk hati TG. Nik Aziz:

 

"Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

 

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya."

Hmm, pertelingkahan yang berlaku usah dibesarkan. Sedikit bara yang sudah pun nak padam janganlah dicurahi minyak untuk menyemarakkannya semula. – 24 Jamadil Akhir 1430H.

Wednesday, June 17, 2009

Pendokong PAS - wajip baca!

ARTIKEL INI bersumberkan laporan bertajuk Antara dua Tok Guru: Penjelasan dan penjernihan terhadap konsep Kerajaan Perpaduan

 

Rabu 17 Jun 2009 | 23 Jamadil Akhir 1430 Hijrah

Antara dua Tok Guru: Penjelasan dan penjernihan terhadap konsep Kerajaan Perpaduan

Wan Abdul Rahman Wan AB Latif

 

SEJAK Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, ia telah menimbulkan satu polemik seolah-olah terdapat perbezaan pemikiran yang serius antara Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walhal, secara realitinya perbezaan pemikiran dan sikap dua orang Tok Guru ini adalah mainan media milik Umno/BN.

 

  

Kedua-dua Tok Guru sedar akan sepak terajang politik bikinan Umno/BN kerana kedua-duanya pernah mentadbir negeri. Kedua-dua Tuan Guru sedar bagaimana Umno/BN telah menganaktirikan Kerajaan Kelantan dan Terengganu.

 

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedar (di awal pemerintahannya) betapa peritnya apabila Umno menghentikan bantuan subsidi input pertanian (baja) kepada para penanam padi yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan baja sendiri yang melibatkan kos jutaan ringgit.

 

Tuan Guru Abdul Hadi juga merasakan keperitan apabila wang royalti petroleum ditarik balik oleh Umno dan digantikan dengan wang ehsan.

 

Umno meyindir begitu hebat sekali seolah-olah kerajaan negeri Trengganu pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi adalah begitu miskin sekali sampai peringkat meminta sedekah kepada Kerajaan Pusat.

 

Tidak mungkin kedua-dua Tok Guru lupa akan pengalaman-pengalaman pahit ini. Ini sekadar satu contoh. Banyak lagi diskriminasi yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua Tok Guru semasa memegang jawatan Menteri Besar.

 

Kedua-dua Tok Guru yang warak dan begitu hampir dengan Allah senantiasa memanjangkan tangan persahabatan kepada Umno atas nama perpaduan ummah. Mereka berdua peka terhadap seruan Allah untuk ummat Islam senantiasa berpegang kepada tali Allah (iaitu Agama Islam) dan jangan berpecah-belah.

 

Tangan persahabatan dihulur dengan satu syarat yang amat penting iaitu perbincangan mengenai penyatuan ummah Melayu mesti menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan terpenting. Keenggangan Umno untuk menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan asas dalam perbincangan mengenai perpaduan ummah yang menyebabkan persoalan berkaitan dengan perpaduan ummah adalah persoalan yang tiada penghujungnya.

 

Apabila Tuan Guru Presiden melontarkan idea kerajaan perpaduan, ia menunjukkan betapa besarnya jiwa Tuan Guru Presiden yang seolah-olah bersedia untuk memaafkan Umno di atas segala kejahatan yang dilakukan ke atas beliau.

 

Lontaran idea ini bukan sahaja kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia atas keyakinan beliau bahawa sudah tiba masanya untuk Islam (melalui PAS) memimpin perubahan dan salah satu perubahan yang dimaksudkan ialah kerajaan perpaduan. Hujah ini adalah selari dengan hujah Tuan Guru Mursyidul Am.

 

Tuan Guru Presiden adalah ikhlas dalam mengetengahkan idea kerajaan perpaduan. Sekiranya Umno ikhlas dalam hal ini, tindakan segera yang Umno perlu lakukan ialah jangan bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai pada 14 Julai 2009 nanti.

 

Sekiranya Umno terus bertanding, maka Umno yang sebenarnya berpura-pura mengenai kerajaan perpaduan dan bukannya kedua-dua Tok Guru yang mereka ingin lagakan.

 

 

Takrifan dan latarbelakang sejarah

 

Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai "satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik (atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara."

 

Dari takrifan ini ia memperlihatkan bahawa kerajaan perpaduan bukanlah merupakan satu struktur politik yang kekal. Ia bersifat sementara, iaitu ia diwujudkan dalam keadaan-keadaan yang kritikal (seperti semasa perang dan krisis ekonomi yang meruncing) bagi menjamin kelangsungan negara itu sendiri.

 

Ini bermakna perbezaan pandangan antara parti yang memerintah dan pembangkang perlu dikesampingkan. Atas dasar inilah kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang.

 

Ia boleh menjadi satu struktur politik dan pentadbiran yang kekal sekiranya Islam dijadikan bahan rujukan dalam segala aspek pentadbiran negara, atas kesedaran bahawa Islam adalah satu sistem yang syumul dan paling sempurna yang diturunkan oleh Allah untuk manusia.

 

Dari segi sejarahnya, penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah ditubuhkan di negara-negara seperti Kanada, Israel, Kenya, Lebanon, Luxembourg, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

 

Sebagai contoh, di UK kerajaan perpaduan telah ditubuhkan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan David Lloyd George mampu bertahan sehingga 1922.

 

Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression) ekonomi yang menimpa dunia, sebuah kerajaan perpaduan telah ditubuhkan di UK pada tahun 1931 antara Ramsay MacDonald, Perdana Menteri dari Parti Buruh dan Parti Konservatif dan Liberal. Kerajaan ini bertahan sehingga 1945.

 

Terdapat juga contoh-contoh terkini penubuhan kerajaan perpaduan. Sebagai contoh, Afrika Selatan. Antara 27 April 1994 dan 3 Febuari 1997, Kerajaan Afrika Selatan telah ditadbirkan oleh sebuah perlembagaan sementara.

 

Fasal 88 perlembagaan sementara ini mensyaratkan mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi dalam Dewan Perhimpunan Nasional (National Assembly) boleh menuntut satu atau lebih portfolio kabinet dan boleh bergabung dalam kerajaan yang memerintah.

 

Kerajaan yang ditubuh ini dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Nasional atau Government of National Unity (GNU). Di bawah pimpinan Presiden Nelson Mandela, GNU berkembang dan berfungsi dengan baik.

 

Pada pilihan raya 27 April 1994, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (African National Congress) pimpinan Mandela telah memenangi majoriti kerusi di Dewan Perhimpunan Nasional dan boleh menubuh kerajaan tanpa bantuan parti-parti lain.

 

Walau bagaimanapun, dua parti lain, Parti Nasional dan Parti Kebebasan Inkatha telah menerima pakai peruntukan GNU dan memperolehi beberapa portfolio kabinet.

 

 

Presiden Mandela turut mengundang parti-parti lain menyertai kabinet sungguhpun parti-parti ini tidak memperolehi 20 kerusi minima sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyertai GNU. GNU bertahan sehingga 1999.

 

Contoh kedua ialah Israel. Israel merupakan negara moden yang paling banyak menggunakan pendekatan "kerajaan perpaduan" sebagai kaedah menyelesaikan masalah dalaman mereka.

 

Secara lebih spesifik, menyelesaikan pertembungan antara Parti Buruh dengan Parti Likud. Kerajaan perpaduan yang dibentuk ialah kerajaan campuran antara dua parti yang dominan ini. Terkini usaha-usaha sedang dijalankan bagi menyatukan Parti Likud dengan parti Kadima.

 

Berbeza dengan Afrika Selatan di bawah Mandela, kerajaan perpaduan Israel tidak menjemput parti-parti politik lain yang lebih kecil menyertai kerajaan yang dibentuk. Kerajaan perpaduan yang dibentuk di Israel mempunyai motif politik yang tersendiri iaitu hanya memikirkan survival bangsa Yahudi sahaja.

 

Halangan ke arah pencapaian

 

Bukanlah sesuatu yang senang untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan terutamanya dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana nilai-nilai politiknya adalah sarat dengan nilai-nilai perkauman.

 

Memahami betapa terdapatnya halangan-halangan yang serius bagi penubuhan sebuah kerajaan perpaduan di Malaysia, maka Tuan Guru Presiden menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan hanya merupakan satu lontaran idea. Tidak lebih dari ini.

 

Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.

 

Di Malaysia, antara halangan yang wujud ialah pertama, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat oleh sesetengah pihak (termasuk parti politik) sebagai menghalang perpaduan. Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ialah: Islam sebagai agama Persekutuan; hak istimewa orang Melayu; Perkhidmatan Awam (termasuk polis dan tentera); DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Apakah perkara-perkara ini perlu dipinda? Atau di mansuh?

 

Halangan kedua ialah sistem pilihan raya yang berteraskan first-past-the-post. Dapatlah dihujahkan di sini bahawa sistem pilihan raya yang berteraskan prinsip 'perwakilan berkadar' (proportional representation) adalah lebih selari dengan konsep kerajaan perpaduan.

 

Halangan ketiga ialah sistem Federalisme ikutan Malaysia di mana terlalu banyak kuasa tertumpu kepada Kerajaan Pusat. Apakah ini sesuai dengan perjalanan 'kerajaan perpaduan'?

 

Halangan ke empat ialah peranan Ketua Whip di Parlimen; ia perlu dipinda. Begitu juga dengan peranan BBC. Ini adalah kerana kewujudan institusi ini menyebabkan ahli-ahli parlimen terpaksa akur kepada keputusan partinya sungguhpun ada ahli-ahli parlimen dari parti ini tidak bersetuju dengan keputusan atau dasar yang dibuat oleh parti mereka sendiri.

 

Kerajaan Perpaduan: Peranan PAS

 

Atas sifat Islam amat mementingkan perpaduan, maka secara jangka panjangnya, PAS boleh mempelopori idea kerajaan perpaduan atas usaha dan gagasan berikut:

 

Pertama, bergerak cergas bagi merealisasi prinsip loyal opposition.

 

Kedua, mengemukakan contoh-contoh dari sejarah Islam bagi membenarkan hujah bahawa merealisasi prinsip keadilan yang melangkaui pertimbangan perkauman adalah kaedah terbaik mewujudkan perpaduan nasional.

 

Ketiga, kerajaan perpaduan perlu berpegang kepada prinsip 'pengislahan sistem politik dan ekonomi secara progresif'.

 

Ke empat, pendekatan Fiqh Keutamaan (Qaradawy) sebagai rujukan asas.

 

Kesimpulan

 

Berdasarkan kepada pengalaman negara-negara yang pernah bereksperimen dengan 'kerajaan perpaduan' memperlihatkan kepada kita bahawa kerajaan ini bersifat jangka pendek dan hanya bertahan semasa negara sedang mengalami suasana yang mencabar. Selepas keadaan kembali normal, ia tidak lagi relevan.

 

Sekiranya PAS masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan, maka GNU Nelson Mandela adalah model terbaik yang boleh dijadikan sebagai model dan perlu dikaji secara mendalam kesesuaiannya dalam konteks Malaysia.

 

Model ini sudah semestinya diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Jangan juga lupa bahawa Sahifah Madinah yang dihasilkan oleh Rasulullah (saw) sendiri merupakan model terbaik kerajaan perpaduan. - mks.

 

(Penulis adalah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP). – 23 Jamadil Akhir 1430H.

Kisah OKU dan derita tanpa batasan politik.

BUTTERWORTH, 16 Jun (Hrkh) - Ahli PAS Cawangan Bagan Jermal, Butterworth yang juga warga cacat anggota (OKU), Farhat Shah Kazi Mohamad, 50, bercadang menyaman individu yang sengaja memburuk-burukkan namanya dengan melekat gambar berserta kata-kata yang tidak bertanggungjawab.

 

Petikan di atas diambil dari laporan bertajuk Burukkan nama, OKU ingin ambil tindakan undang-undang. Apa yang dilalui oleh sahabat kita tersebut adalah sebahagian cerita suka-duka sebagai seorang OKU. Ia bukan lagi suatu keluarbiasaan.

 

Apa yang boleh dikatakan teruslah dalam pendirian dan prinsip yang kita yakini. Yakinilah Allah yang mentadbir alam ini dengan pusingan matahari dan bulan, silih berganti siang dan malam, berkuasa atas segala-galanya. Sebagai hamba kita berusaha setakat yang terdaya.

 

Kepada rakan peguam, pembelaan sewajarnya diberkan kepada kes seumpama ini. Apatah lagi dengan pewartaan Akta OKU 2008 pada 7 Julai 2008 yang lalu, hak OKU kita telah dikanunkan. – 23 Jamadil Akhir 1430H.

Khusus untuk OKU dan Warga Emas Selangor!

ORANG KURANG UPAYA dan warga emas negeri Selangor umumnya dan DUN Ulu Klang khususnya, sila bertindak segera atas kesempatan yang disediakan.

 

ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib merayu kepada seluruh warga emas didalam Dun Hulu Kelang, Selangor supaya mendaftar diri dibawah skim Mesra Usia Emas yang merupakan salah satu daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilancarkan oleh kerajaan Selangor Darul Ehsan.

 

Menurut surat sebaran yang dikeluarkan oleh Saari, skim itu disediakan kerajaan Selangor Darul Ehsan untuk dimanfaatkan oleh semua warga emas dan OKU (Orang Kurang Upaya) yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat tanpa mengira jantina, agama, pendapatan, kedudukan dalam masyarakat dan faham politik.

 

Pendaftaran skim berkenaan adalah percuma. Warga emas yang layak berumur 60 tahu ke atas dan, sama ada lahir dan sedang menetap di Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/1/1974 sedang menentap di Selangor atau bermastautin di Wilayah Persekutuan, dan bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.

 

Manakala bagi OKU tidak merlukan syarat-syarat seperti di atas.

 

Perinciannya boleh dibaca di sini. – 23 Jamadil Akhir 1430H.

 

Tuesday, June 16, 2009

Anda dihalang ke manek Urai!

KERAJAAN PERPADUAN nyata sekali mengundang pelbagai kekeliruan dan mendedahkan betapa sebahagian pelaku-pelaku dalam PAS bertindak terpesong dari maksud asal presiden mereka sendiri. Pada pengamatan saya, mereka tiada hujah yang bersandarkan pengetahuan mendalam melainkan sekadar bencikan UMNO. Itu saja.

 

Tidakkah mereka sedar pertamanya kerajaan perpaduan pernah dilontarkan oleh ahli parlimen Gua Musang sebaik PRU-12 Mac 2008 lalu? Keduanya tidakkah mereka sedar pertemuan Anwar (pemimpin agong PR) dengan mantan PM di suatu majlis di Selangor? Ketiganya, tidakkah mereka sedar DS Anwar, TG. Hadi dan AlFadhil TG. Harun Din terpaksa menemui TG. Nik Aziz ke kelantanuntuk menerangkan perihal "Kerajaan Perpaduan" semasa pengakhiran era Abdullah Badawi dulu?

 

Yang paling utama mungkin mereka langsung tidak menyedari bahawa pembentukan Kerajaan Perpaduan bukan melibatkan PAS dan UMNO sahaja tetapi ia adalah penyatuan PR dan BN untuk suatu tempoh tertentu? Saya penuh berkeyakinan semasa era Abdullah dulu, DS Anwar tidak mengenepikan gagasan ini di sebalik gagalnya 16/9!

 

Tapi apa kan daya, pembentukan puak-puak dalam PAS kelihatannya mengundang polimik ini terus diperkatakan. Sekadar ingatan dari luar, jangan tuding menuding ini menghasilkan kekalahan di Manek Urai!

 

Ingatan pemuda PAS Pusat sebagaimana laporan bertajuk Kepimpinan semua peringkat mesti hati-hati jawab media suatu yang perlu diambil perhatian. Media mempunyai peranan dan tiori yang didokongnya. Jangan salahkan media jika ada kenyataan yang dimanipulasikan.

 

Pedihnya luka dalam PAS perlu diubati agar tidak parah dan melumpuhkan parti. Boleh baca suatu laporan di sini yang sebahagiannya berbunyi begini:

 

"Jika ada pemimpin yang ingin meneruskan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan saya mencadangkan mereka elok masuk Umno," katanya.

 

Beliau juga berharap pemimpin terbabit tidak datang berkempen pada pilihan raya kecil di Manek Urai kerana khuatir boleh mengelirukan pengundi."

 

Isy isy isy, begitu sekali? Janganlah wala' & siqah hilang dalam kita berjemaah. Jangan juga lupa gagasan 16/9. – 22 Jamadil Akhir 1430H.

Tuesday, June 9, 2009

Catatan Pertis di Muktamar PAS ke-55.

SYUKUR ke hadrat Ilahi yang telah dengan izinnya Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia "Pertis" berjaya mengadakan pameran AlQuran Braille dan jualan sempena muktamar Parti Islam Semalaysia di Shah Alam. Pameran tersebut telah mula diadakan pada 4 Jun yang berakhir pada petang 7 Jun.

 

Penghargaan kepada seluruh warga kerja.

 

Saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada seluruh warga Pertis yang telibat termasuklah seluruh ahli jawatankuasa pusat Pertis, seluruh warga biro tugas-tugas khas yang dipengerusikan oleh Cikgu Mad (YDP Pertis), kakitangan kakitangan Pertis dan lain-lainnya dalam menjayakan gerai pameran dan jualan tersebut.

 

Sekalung budi juga dirakamkan kepada urusetia muktamar khususnya bahagian gerai dan pameran yang telah menyediakan ruang gerai A18 kepada Pertis yang begitu baik dan strategic tempatnya. Kepada Unit Amal Malaysia yang sentiasa  memantau keselamatan gerai Pertis tanpa jemu juga diucapkan jazakumullahu khair.

 

Demikianlah juga kepada seluruh pengunjung termasuk para pimpinan PAS yang tidak segan silu menyinggahi gerai kami bagi meninjau sedikit sumbangan kami dalam menyempurnakan gerak kerja jihad demi memartabatkan kalimah tauhid kepada segenap rakyat terutamanya mereka yang cacat penglihatan.

 

Quran Braille.

 

Antara bahan utama pameran kami ialah set AlQuran Braille. Nyatalah masih ramai dari kalangan masyarakat yang tidak memperolehi maklumat tentang kewujudan AlQuran yang diusahakan dalam Negara bagi manfaat orang-orang buta. Menyedari hal itu, kian terasa betapa masih banyak usaha yang perlu dipergiatkan demi membangunkan golongan cacat penglihatan berlandaskan syariat Islam dalam tanah air tercinta ini.

 

Semoga sedikit catatan ini dapat menambahkan nekad kita semua bahawa Islam itu adalah kesejahteraan untuk semua. Setiap insan diberi ruang oleh Allah S.W.T. untuk menikmati intipati yang penuh keindahan di dalamnya. – 15 Jamadil Akhir 1430H.

Thursday, June 4, 2009

Semasa tidur pun, saya bantah ISA!

PENDERITAAN atau natijah kekejaman akan lebih mudah difahami jika ia dilihat oleh seorang yang biasa dalam derita. Demikianlah bila saya membaca satu laporan dan saya pohon sekalian sahabat tolonglah baca.

 

Telah banyak saya postingkan dalam blog ini betapa ISA suatu undang-undang yang terpaksa mengenepikan kemanusiaan sekaligus terkeluar dari landasan keinsanan yang dititikberatkan oleh Islam.

 

Apakah peranan kita? Tidak adil untuk kita sekadar berputih mata. – 9 Jamadil Akhir 1430H.