Saturday, January 31, 2009

OKU dan kebajikan bukan sekada prihatin tetapi tanggungjawab.

"Bukan mudah untuk melaksanakan program seperti ini,tetapi langkah JKKK kampung ini membuat program sebegini merupakan usaha murni yang tidak ternilai." Demikian petikan dari Harakah Daily. Menyentuh keprihatinan terhadap hal kebajikan rakyat dan membela rakyat kurang upaya sememangnya diakui  bukan suatu yang mudah dan menjadi kebiasaan.

 

 

Biarpun telah diterima bahawa pembelaan kepada golongan yang memerlukan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan, masih ramai yang beranggapan ianya suatu tindakan yang menuntut keprihatinan tertentu dan rasa simpati yang tinggi barulah dapat dilaksanakan.

 

Di mana-mana isu kebajikan rakyat dan pembelaan pada rakyat kurang upaya sering diperkata sama ada bagi tujuan mengambil perhatian pendengar ataupun lahir pada hati yang benar-benar ingin menyumbang. Pada kesempatan ini saya suka menyeru kepada semua.

 

Jika kita membincangkan hal OKU, bukanlah sumbangan fizikal yang seharusnya menjadi keutamaan meskipun ia amat penting. Apa yang lebih utama ialah keperihatinan terhadap kelainan upaya yang ada pada OKU yang memerlukan pengubahsuaian pengisian agar potensi OKU itu dapat digunakan bagi menyumbang kepada ketinggian agama dan kesejahteraan negara.

 

Dalam banyak program, tak mudah untuk kita lupakan selogan seperti "inilah program yang julung-julung kita lakukan untuk OKU dan akan diteruskan pada masa-masa akan datang". Selain itu, tak dapat juga kita lupakan pelbagai janji yang diberikan untuk membela OKU dalam pelbagai sudut perancangan. Tak perlulah untuk dibangkitkan satu persatu dalam penulisan ini.

 

Jadikan yang lepas itu sebagai sempadan dan teladan untuk perancangan masa hadapan.

 

Kepada rakan-rakan OKU dan mereka yang berkaitan, gunakanlah setiap ruang dan peluang yang ada untuk menyumbang bagi kesejahteraan kita semua. – 5 Safar 1430 H.

Friday, January 30, 2009

Jihad membimbing sipekak ke syurga dan mendorong sibuta jauhi neraka.

SEDARKAH kita betapa OKU pendengaran tidak dapat kenal siapa Hj. Hadi, Nik Aziz, Fadhilah Kamsah dan lain-lain tokoh negara yang bijak dan hebat terutamanya dalam berpidato? Kealpaan kita terhadap keperluan bahasa isyarat dan komunikasi boleh dicapai oleh OKU pendengaran ini tidak seharusnya berterusan lagi dalam suana semasa yang kian menuntut perubahan kini.

 

Bicara tentang bahasa isyarat, sememangnya ada siaran televisyen yang  mengadakan sebahagian tetingkapnya untuk paparan bahasa isyarat dalam waktu-waktu tertentu. Tidakkah pernah kita terfikir betapa bahasa isyarat dalam tetingkap yang kecil itu hampir sekali gagal berfungsi. Apa tidaknya, selain tutur bicara pengara/pemberita yang tidak selari dengan kelpantasan penyampai bahasa isyarat, ruangan tetingkap yang kecil mungkin saja menyebabkan rakan OKU pendengaran saya mencium monitor tv untuk memerhatikan gerak geri yang cuba disampaikan oleh penterjemah bahasa isyarat.

 

Itu hal dengan bahasa isyarat yang seolah-olah dibuat sekadar kata pepatah melepaskan batuk di tangga, uhuk … uhuk. Seperti yang disebut pada awal tadi, tidak hairan jika OKU pendengaran tidak sedar akan kehebatan pakar-pakar motivasi dan tok-tok guru yang berilmu dan bijak menyampaikan bicara. Apa nak dikata, bukan sekadar pidato atau kuliah yang hebat tidak mampu didengar, ketiadaan medium yang berupaya menterjemah pidato atau kuliah tersebut menjadikan golongan ini bagai dinafikan hak untuk menuntut ilmu.

 

Justeru mari kita sama-sama mencari jalan untuk menjadikan golongan ini turut berupaya menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Pertamanya, setiap ruang bahasa isyarat yang ingin diadakan terutamanya di layar perak, perlulah mengambilkira saiz di monitor yang bukan hanya tv besar sahaja boleh dipapar dengan sejelas-jelasnya. Keduanya, setiap kuliah ilmu wajar diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan untuk sama-sama dituruti oleh rakan OKU pendengaran saya ini.

 

Kos bagaimana ya? Tidakkah belanjanya besar? Itu bukan persoalan yang perlu ditimbulkan. Sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan di muka bumi ini, sumber anugerah Allah untuk insan telah cukup dan hanya bergantung pada pengurusan yang bijaksana. Tiada guna limpahan cahaya yang tidak dapat menerangi sibuta untuk menuju syurga, alunan bunyi yang tidak dapat menyelamatkan sipekak dari neraka, dan limpahan kemewahan yang membawa ummah ke kancah binasa.

 

Secebis bicara pasca kuliah jumaat dan di ambang mimbar mingguan ini diharap dapat membawa kita untuk sejenak berfikir bagi memartabatkan ummat yang memerlukan sokongan dan dokongan. – 3 Safar 1430H.

Tuesday, January 27, 2009

Lompat parti - tindakan kebudak-budakan.

"Kita tahu dalam politik, semua orang mahu menjaga kepentingan masing-masing dan istilah setiakawan adalah perkara terakhir yang diambil kira" katanya

 

Itu adalah sebahagian pendapat yang dilaporkan dalam M-StarOnline hari ini. Pelbagai pendapat dan desas desus timbul berikutan keluarnya ADUN Bota dari UMNO menyertai Parti Keadilan Rakyat.

 

Terasa pelik dan hairan bilamana ada wakil rakyat yang tiba-tiba hilang kepercayaan terhadap wibawa parti yang diwakilinya selama ini. Apakah mereka itu baru pandai membaca buku politik atau ada saja ketakutan yang tiba-tiba melanda diri lantas bertindak menyelamatkan diri.

 

Ungkapan "Tidak percaya pada parti lama dan seumpamanya" telah biasa kita dengar termasuklah sewaktu pilihanraya kecil ataupun umum. Takkanlah seorang yang dipilih menjadi wakil untuk parti bertanding pun bersikap seperti orang kampung yang baru celik mata terbangun dari tidur.

Saya berdoa agar peralihan kuasa di Malaysia tidak akan berlaku dengan tindakan melompat parti. Kalau benar-benar ikhlas tidak percayakan parti yang diwakili, letak jawatan dan kosongkan kerusi. Biar rakyat tentukan. Itu lebih baik dan tidaklah dibudayakan di negara ini dengan kerajaan terbentuk dari tindakan murahan lompat parti. – 30 Muharam 1430H.

Sunday, January 25, 2009

OKU - ilmu mendahului kejayaan.

Kuala Terengganu, Sabtu 27 Muharam, 24 Januari.

 

PENUBUHAN GABUNGAN ORANG KURANG UPAYA TERENGGANU

 

SUATU persefahaman secara dasar telah dicapai oleh pertubuhan-pertubuhan orang kuirang upaya "OKU" Terengganu berkaitan penubuhan Gabungan Orang-orang Kurang Upaya Terengganu "GOKUT" dalam satu mesyuarat yang diadakan di pejabat Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia SBM Cawangan Terengganu dekat sini hari ini.

 

Antara pertubuhan yang hadir dalam mesyuarat ringkas tersebut termasuklah SBM Cawangan Terengganu, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Pertis Terengganu, Pertubuhan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu POKUAT dan Pertubuhan Orang-orang Pekak Terengganu POPT.

 

GOKUT yang telah dirancang sejak 2001 itu kini hamper menjadi kenyataan bilamana wakil pertubuhan OKU yang hadir bersetuju untuk mengadakan satu mesyuarat lanjut dalam masa yang terdekat. Satu cadangan akan dibentangkan oleh setiap pertubuhan bagi mengatur pembentukan organisasi GOKUT dan peranannya dalam membangunkan sahsiah diri OKU di Terengganu.

 

Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua wakil pertubuhan yang hadir. Ucapan penghargaan juga dirakamkan kepada Pertis Terengganu yang menyumbang bubur syura bagi menceriakan perjalanan mesyuarat.

 

BUBUR ASYURA DAN UNIT ADVOKASI PERTIS

 

Pertis Terengganu pada hari yang sama turut mengadakan program bersama ahli sempena mengacau bubur asyura. Pertis Pusat melalui Biro Tugas-tugas Khas turut berkesempatan menyertai program tersebut bagi menerangkan fungsi Unit Advokasi Pertis yang kini telah dilancarkan.

 

PENEROKAAN ILMU DAN KEMAJUAN UMMAH

 

Sempena cuti tahun baru China ini saya turut berkesempatan untuk terus menelusuri dan meneroka perincian berkaitan pelbagai kemudahan instrument kewangan dan pelaburan bersama mereka yang arif. Nyata apa yang disabdakan oleh Rasul Allah betapa pentingnya ilmu itu sama ada duniawi dan ukhrawi terus terasa nikmatnya.

 

Tanpa ilmu kita tak dapat mengetahui lantas meyakini apa yang tiada di sekeliling kita. Tanpa ilmu kita akan ketinggalan dek lajunya perjalanan dunia dalam segenap aspek.

 

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi bila antara impian saya untuk ummah demajukan terus ditunjukkan melalui laporan bertajuk Kedah terokai peluang pelaburan di Papua New Guinea. Meskipun lewat dipaparkan dib log ini, ia masih awal dan tidak terlewat untuk ianya sama-sama dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Saya mendoakan usaha Kerajaan Kedah tersebut akan berjaya dengan restu Ilahi. Saya juga berharap agar pepatah yang berbunyi mati semut kerana gula tidak terjadi kepada diri saya sendiri dan mereka yang kian menghampiri kejayaan. Semoga setiap kejayaan tidak menjadikan kita alpa hingga tidak berpijak di bumi yang nyata.

 

Saya sentiasa berdoa agar Allah mengurniakan saya ilmua yang luas dan bermanfaat, rezeki halal lagi baik serta amalan yang diterima. – 28 Muharam 1430H.

Wednesday, January 21, 2009

OKU dan pendakwaan kepentingan awam.

PENDAKWAAN KEPENTINGAN AWAM atau Public Interest Litigation "PIL" dengan ungkapan mudah ialah satu prosiding yang memberi laluan kepada rakyat yang terjejas akibat tindakan pihak berkuasa. Mereka yang terjejas boleh membawa tindakan mahkamah terhadap mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan untuk mendapatkan perintah sewajarnya sebagai memulihkan penjejasan yang dialami.

 

Dalam membincangkan Akta OKU 2008, tiada sebarang remedi atau penguatkuasa yang boleh diambil kepada mana-mana pihak sama ada pihak awam ataupun swasta jika berlaku sebarang pemecahan hak terhadap OKU. Seksyen 41 yang menghalang tindakan undang-undang terhadap kerajaan begitu bercanggah dengan Seksyen 42 yang memperuntukkan suatu kaedah bagi membawa kerajaan sebagai contohnya ke mahkamah. Percanggahan ini merupakan suatu yang amat prejudis kepada rakyat terutamanya OKU dalam menuntut haknya di sisi undang-undang.

 

Justeru, sebagai alternatif, PIL dilihat sebagai suatu kaedah untuk menguatkuasakan hak OKU yang digubal di bawah Akta 2008 tersebut. Sememangnya diakui, cabaran getir menunggu di hadapan bilamana PIL ingin diikhtiarkan.

 

Trend mahkamah masa lalu yang keberatan menggunakan PIL terhadap kerajaan merupakan antara cabaran utama yang perlu difikirkan. Apatah lagi dalam kebanyakan undang-undang yang digubal di negara ini memberikan perlindungan yang berlebihan kepada kerajaan untuk tidak dibawa ke mahkamah meskipun berlaku pemecahan hak.

 

Pun begitu, kita hendaklah berfikiran positif dan pro aktif. Prinsip keadilan asasi "natural justice" tidak boleh di kesampingkan terutamanya bilamana undang-undang digubal jelas tidak memperuntukkan penguatkuasaan kepada hak-hak yang diberi.

 

Sekian banyak kita dihamparkan kes-kes yang begitu prejudis terhadap Oku selama ini. Antaranya penafian untuk berkerja bilamana kita OKU. Masalah mendapatkan pendidikan sempurna bila kita OKU. Kita menghadapi kesukaran di tempat-tempat awam bilamana tiada infrastruktur asas untuk membantu kita sebagai OKU. Tentunya senarai ini hanya sebahagian kecil pemecahan hak yang berlaku di luar sana.

 

Dengan semangat mendaulatkan undang-undang yang didokong di bawah Perlembagaan Persekutuan khususnya hak-hak asasi yang dijamin kepada rakyat Malaysia, telah tiba waktunya untuk OKU dan mereka yang berkaitan bangkit dan bersatu suara bagi kehidupan yang lebih sejahtera dan dinamik.

 

Kepada ngo-ngo yang memperjuangkan OKU, selain bersatu dengan satu suara, suatu unit bagi advokasi wajar diwujudkan bagi mengumpul kes-kes pemecahan hak secara lebih teratur agar langkah seterusnya dapat dirancang.

 

Harus kita insaf jika tidak kita sendiri yang membantu kita, tiadalah orang lain yang akan lebih bersedia menghulurkan tangan untuk membantu. – 24 Muharam 1430H.

Tuesday, January 20, 2009

BELENGGU AKAD.

DEMIKIANLAH tajuk perbincangan dalam satu slot yang berlangsung mulai jam 12:15 hingga 1:00 tengahhari tadi di radio Ikim.Fm, Pilihan Utama. Saya tertarik ulasan yang dikemukakan berkaitan peranan pengguna dalam memberi tekanan kepada penyedia pembiayaan sewa beli kenderaan di negara ini.

 

Antara yang dikemukakan termasuklah pengguna dicadangkan untuk sesuatu terma dalam perjanjian sewa beli kenderaan diubah agar lebih saksama. Sebagai contohnya dalam perjanjian seumpama itu, terdapat satu terma yang meletakkan tanggungjawab pengguna untuk membayar kesemua baki hutang jika kenderaan diambil oleh pihak bank sebelum tamat tempoh pembiayaan. Ia berlaku bilamana Kenderaan tersebut dilelong dan hasil lelongan tidak dapat menampung baki hutang.

 

Dalam hal sedemikian pengguna disaran untuk mencari pembiaya lain jika bank pertama enggan menurut kehendak pengguna. Seimbas lalu cadangan ini sememangnya baik. Namun perlu lah diingat perkara-perkara berikut:

 

  1. Meskipun pengguna sedar terma yang boleh dikatakan tidak adil itu dan ingin mengubahnya, boleh dikatakan tidak semudah itu bank akan mengubah terma dengan mengikuti kehendak pengguna.

 

  1. Meskipun pengguna boleh mencari pembiaya lain, usaha itu boleh dikatakan sia-sia disebabkan bank-bank sememangnya tahu bilangan pengguna yang berupaya berbuat demikian terlalu sedikit peratusannya. Tambahan pula bank sememangnya arif bahawa pengguna sememangnya mencari mereka untuk mendapatkan kemudahan lebih-lebih lagi pembiayaan kenderaan.

 

Justeru apa yang boleh kita lakukan?

 

Pertamanya pendidikan dan kesedaran kepada pengguna wajip dipertingkat. Jika kesemua pengguna tekat untuk tidak mendapatkan pembiayaan sehingga bank menuruti mereka, tekanan pengguna terhadap bank akan berjaya.

 

Wajarlah kaedah dicari bagimana kesedaran sedemikian dapat dipupuk ke dalam minda pengguna di negara ini. Selain menggunakan saluran radio secara meluas, IKIM sebagai satu agensi kerajaan mungkin boleh mengadakan usahasama dengan Jaakim dan  jabatan-jabatan agama Islam negeri-negeri untuk menerangkan hal tersebut kepada rakyat melalui masjid-masjid di seluruh negara.

 

Keduanya, amat wajar jika pengguna yang menghadapi masalah bebanan hutang natijah dari kontrak sewa beli ini membawa kes ke muka pengadilan. Kepada sekalian peguam budiman, timbang-timbangkanlah untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui yuran guaman yang mampu dibayar oleh pengguna-pengguna yang memerlukan ini.

 

Sepanjang pengalaman saya dalam bidang perundangan, rata-rata pengguna tidak sedar akan adanya hak-hak mereka yang boleh dituntut terhadap bank melalui tindakan di mahkamah apatah lagi dalam transaksi yang berasaskan Islam. Keadilan dalam Islam itu tidak harus dibiarkan begitu saja tanpa dicari jalan untuk dilaksanakannya.

 

Bagi kedua-dua cadangan tersebut, saya penuh iltizam untuk sama-sama menyumbang bagi membantu masyarakat, Insya Allah. - 23 Muharam 1430H.

Monday, January 19, 2009

Forum awam Akta Orang Kurang Upaya 2008 anjuran Majlis Peguam Malaysia.

 

Public forum: "Persons with Disabilities Act 2008 - What Next?"

 

Contributed by Allison Ong Lee Fong   

Monday, 19 January 2009 12:55pm

 

Kuala Lumpur, 17 January 2009 - Malaysian Bar President Dato' Ambiga Sreenevasan strongly urged the Government to ratify the UN Convention on the Rights of Persons with Disabilities ("the Convention") and to also accede to the Optional Protocol in a public forum entitled "Persons with Disabilities Act 2008 - What Next?", organised by the Bar Council Law Reform and Special Areas Committee, held at the Bar Council auditorium today.

 

The forum was officially opened by Dato' Meme Zainal Rashid, Director of the Social Welfare Department, on behalf of YB Dato' Ng Yen Yen, Minister of Women, Family & Community Development.  Five speakers who have different areas of expertise were invited to comment on the Persons with Disabilities Act 2008 ("PWD Act") and to give suggestions to improve it

 

In her welcome address, Dato' Ambiga questioned why the PWD Act's drafters appear to have shied away from the fuller language and spirit of the Convention. 

 

According to her, there is no provision for any penalty for any party who does not live up to the obligations under the PWD Act.  There is also a lack of remedies-pursuing procedures in the Act.  In fact, the Federal Government is expressly exempted from any wrong-doing under the PWD Act even if it fails to address the needs of disabled persons.

 

Helen Chin, a lawyer and Chairperson of the forum's Organising Committee who is known for her active campaigns on the rights of the disabled, highlighted the American Supreme Court case involving Sandra Winkleman, the mother of a child with special needs who contested the adequacy of the Individual Education Plan for her child.  Helen stressed the active role parents should take in advocating the rights of children with special needs.

 

Helen also commented on some major omissions and gaps in the PWD Act with respect to monitoring, sanctions and penalties.  She expressed, among others, the importance of prevention and early detection of disabilities, of provisions for anti-discrimination, and the necessity of implementing an Individual Education Plan.  She suggested the commercial establishments play a part in supporting the disabled by offering them a higher fixed deposit interest rate, and rebates and discount for them to purchase computers.

 

Bathmavathi Krishnan, a writer, activist and the Secretary of the Malaysian Confederation of the Disabled, based her discussion on the shortcomings of the PWD Act and how to utilise its provisions to enhance, and protect and implement more effectively, the rights of the disabled.  She emphasised the genuine inclusion of the disabled into society and urged for the "human rights and fundamental freedoms of the disabled" to be given due weight, as opposed to just lumping the disabled under "social welfare" criteria.

 

Bathmavathi commented that sections 13 and 14 of the PWD Act are the tools that can be used to propose changes to various areas, such as accessibility, transportation and health care, affecting disabled persons.  She also pointed out the lacuna in Article 8(2) of the Federal Constitution, which falls short of prohibiting discrimination on the ground of disability. To her, the absence of sanctions for non-compliance renders the PWD Act ineffective, and more of an "administrative document".

 

Mohammad Faizal Che Yusof, a lawyer involved in various organisations working on issues relating to the blind and a Bar Council Human Rights Committee member, gave an overview of the PWD Act.  He discussed a few areas that could be enhanced to better the lives of the disabled, such as housing facilities in particular.  He highlighted that teachers and coaches dealing with the disabled have to be properly trained so as to understand the potential and capabilities of the disabled.  Promotion of opportunities for disabled persons to work should be accompanied by a "real commitment" of the same.  He asserted that data collection and conduct of surveys regarding the disabled remain a challenge especially since registration of the disabled is not compulsory in Malaysia.

 

Lawyer and Bar Council Legal Aid Centre Chairperson Ravi Nekoo focused on the criminal aspects of the PWD Act and shared with the audience his views, and illustrated by various examples why the Act is not disabled-friendly.  The rights of a person arrested are in reality not readily communicable to the disabled, especially those who are mentally-challenged or deaf, due to the lack of specific training for the police officers and the lack of facilities at police stations.  Similarly, crime victims with disabilities may have problems lodging a police report as the existing procedures are not designed in a way to accommodate a victim's disabilities.

 

Ravi compared our system with other jurisdictions wherein they have developed more disabled-friendly strategies and facilities, and urged that our criminal justice system be improved to cater for the disabled.

 

A paper prepared by the final speaker, Mah Hassan Haji Omar, head drafter of the PWD Act, President of the Malaysian Confederation of the Disabled and President of the Society for the Blind, was read out by Lee Swee Seng.  He shared the other speakers' disquiet over the PWD Act's silence on prohibiting discrimination and harassment of the disabled.  He pointed out the need for Malaysia to implement the paradigm shift from a charity-based approach to a rights-based approach.

 

The floor was then opened to the audience during an hour-long question-and-answer session.  A number of parents with disabled children stepped forward to share their concerns and their plight in advocating for their children's rights.

 

Among the issues highlighted were the importance of early intervention to ensure that disabled children can lead a normal and independent life, the difficulties in assessing and streamlining eligibility for special education, and the support that the government, NGOs as well as civil society can give to disabled persons and their families.

 

The five-hour forum ended at 1.15 pm following the closing speech by Dato' M. Ramachelvam, Bar Council member and Chairperson of the Law Reform & Special Areas Committee, urging the government to give full recognition and implementation to the rights of the disabled.

 

The forum was attended by various government officials, members of the Bar, persons with disabilities and other members of the public. Sign-language interpreters Agnes Peter and Edward Boey from the RC Deaf Mission were present throughout the forum to cater for the needs of deaf persons. - 22 Muharam 1430H.

Sunday, January 18, 2009

Forum Akta OKU 2008, apa seterusnya?

SUATU forum membincangkan Akta Orang Kurang Upaya 2008: Apa Seterusnya? telah diadakan di auditorium Majlis Peguam pada 17 Januari 2009. forum tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Dr. Ng Yen Yen. Walau bagaimanapun beliau telah tidak dapat hadir dan menghantar wakilnya.

 

Dalam ucapan alu-aluan, presiden Majlis Peguam Malaysia telah menggesa kerajaan untuk lebih proaktif dalam memastikan komitmen yang jitu bagi membangunkan OKU di negara ini.

 

Dalam sesi pertama yang dipengerusikan oleh Hon Kai Ping, perbincangan tentang Akta Tersebut secara pandangan seimbas lalu telah dimulakan. Helen L. M. Chin selaku pengerusi penganjuran telah menyentuh serba sedikit sejarah panjang ke arah pewartaan Akta Tersebut. Dalam pembentangannya, beliau antara lain menyentuh akan beberapa peruntukan yang boleh dikatakan bercanggah sama sendiri dalam Akta Tersebut.

 

Seksyen 41 Akta Tersebut misalnya telah memperuntukkan suatu perlindungan kepada kerajaan dan badan-badan di bawahnya dari tindakan undang-undang. Dalam masa yang sama Seksyen 42 pula menyebut akan pemakaian Akta Perlidungan Pihak-Pihak Berkuasa Awam 1948 yang lebih dikenali sebagai PAPA. PAPA adalah suatu undang-undang yang menggalurkan peruntukkan undang-undang bilamana pihak berkuasa awam berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh mana-mana pihak.

 

Kedua-dua peruntukan ini menimbulkan kekeliruan yang amat nyata. Dalam masa yang sama kerajaan boleh dilindungi dari tindakan undang-undang dan juga boleh tertakluk kepada tindakan undang-undang.

 

Helen seterusnya membincangkan Seksyen 28 Akta Tersebut yang memperuntukkan hak kepada pendidikan kepada OKU sejak kanak-kanak hingga ke peringkat tinggi termasuklah pendidikan sepanjang hayat. Beliau merujuk suatu peraturan yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996 yang dikhususkan kepada sistem pendidikan khas. Apa yang menghairankan, peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 tersebut memperkenalkan suatu konsep "educable" iaitu keupayaan menerima pendidikan dan "uneducable" iaitu ketidakupayaan menerima pendidikan. Hanya kanak-kanak yang terjatuh di bawah "educable" sahaja yang akan mendapat pendidikan khas. Justeru apakah maknanya peruntukan seksyen 28 Akta OKU 2008 yang memberihak pendidikan kepada semua OKU sejak kanak-kanak? Percanggahan ini merupakan suatu yang jelas dan sehingga kini tiada suatu keselarasan dibuat.

 

Panel kedua iaitu Bathmavathi Krishnan yang merupakan setiausaha Malaysian Confederation for The Disabled melebarkan lagi kepincangan-kepincangan yang terdapat dalam Akta OKU 2008. antara yang disentuh beliau termasuklah penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi Orang-orang Kurang Upaya di bawah seksyen 3. selain 9 orang ahli Majlis yang ditetapkan di bawah perenggan (2), subperenggan (j) turut menetapkan 10 orang perlu dilantik dari mereka yang faham perihal OKU. 10 orang ahli lantikan di bawah perenggan (j) tersebut tidak pula secara nyata menyebut sama ada mereka yang dilantik itu merupakan OKU atau sebaliknya. Ketidaktentuan tentang perlantikan 10 ahli majlis itu menggusarkan kerana tiada suatu ketetapan khusus yang diperuntukkan bagi memastikan perlantikan 10 orang tersebut benar-benar berupaya membawa perubahan dan membangunkan nasib OKU.

 

Majlis di bawah Akta OKU 2008 ini merupakan suatu antiti yang amat penting kerana ia berupaya membuat peraturan bagi kepentingan OKU dan membuat kawal selia terhadap undang-undang yang sedia ada bagi kepentingan OKU.

 

Keupayaan majlis ini amatlah diharapkan bagi memastikan kepentingan OKU dalam negara benar-benar  tyerpelihara.

 

Panel ketiga, Mohammad Faizal Che Yusof yang merupakan seorang peguam OKU penglihatan lebih menyentuh dari aspek pelaksanaan Akta OKU 2008. sebagai contohnya dalam aspek pendidikan, beliau membangkitkan akan pelbagai unit dan jabatan yang terlibat dalam membangunkan pendidikan khas seolah-olah berasingan dari sudut perlaksanaan dengan sistem pendidikan khas yang ingin dibina di bawah Akta Pendidikan 1996. beliau membangkitkan ada antara guru-guru pendidikan khas sama ada di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Khas atau langsung di bawah Kementerian Pelajaran yang tidak memahami sistem pendidikan khas yang didokong. Amat menghairankan bilamana ada guru-guru yang mengajar murid OKU penglihatan yang tidak berupaya membaca tulisan braille. Malah ada antara guru-guru ini bergantung kepada pelajarnya untuk membaca tulisan braille.

 

Mohammad Faizal turut menyarankan agar suatu pusat serenti diwujudkan bagi membantu ke arah perlaksanaan seksyen 29 iaitu hak pekerjaan kepada OKU. Pusat sereti tersebut amat diperlukan bagi menyokong OKU yang memulakan kerjaya bagi membantu OKU terbabit memberi perkhidmatan terbaik meskipun dalam keupayaan terbatasnya.

 

Pada kesempatan tersebut, beliau turut mencadangkan agar suatu syarikat berkaitan kerajaan diwujudkan bagi menyediakan suatu sistem pemilikan perumahan yang mampu dimiliki oleh OKU. Pada masa kini OKU dihalang memiliki kediaman sendiri bilamana berhadapan dengan kesulitan memperolehi pinjaman rumah dan karenah politik bilamana cuba mendapatkan peruntukan rumah-rumah yang disediakan kerajaan.

 

Dalam sesi kedua, panel pertamanya iaitu Ravi Nekoo mengkhususkan hak-hak yang wajar diberi kepada OKU bila berhadapan dengan proses pendakwaan atau seumpamanya. Beliau membangkitkan akan tiadanya prasarana bagi membantu OKU dalam sistem keadilan jenayah seperti juru bahasa yang sesuai kepada OKU pendengaran di mahkamah-mahkamah dan tiadanya mereka yang pakar di balai-balai polis yang berupaya menangani OKU mental yang terlibat dengan kes-kes jenayah. Keadaan ini hanya akan mendatangkan kesulitan kepada OKU yang terlibat seterusnya mewujudkan ketidakadilan kepada mereka.

 

Rata-rata panel foruim bersetuju bahawa Akta OKU 2008 hanyalah suatu dokumen yang lebih bersifat kosmetik dan amat diragui akan keupayaannya membela golongan OKU secara berkesan. Meskipun begitu, mereka turut bersetuju Akta Tersebut suatu langkah permulaan yang perlu dituruti dengan komitmen yang sepenuh dan sewajarnya oleh semua pihak terutamanya kerajaan.

 

Dalam sesi soal jawab, hampir kesemua peserta yang berpeluang menyampaikan pandangan menyatakan akan kekecewaan mereka terhadap pembelaan kepada OKU meskipun Akta OKU 2008 telah diwartakan.

 

Bagi Mohammad Faizal, OKU hanya terbela bilamana golongan itu dapat dikaitkan dengan kepentingan politik parti yang memerintah. Tanpa dorongan politik, nasib OKU dalam negara ini disifatkan kabur  dan tidak menentu. Pandangan beliau tersebut dikaitkan bilamana pembentangan Akta OKU 2008 dibuat secara tergesa-gesa tanpa suatu tinjauan yang meluas dari mereka yang sewajarnya. Ini ditambah pula kelulusan di Dewan Rakyat tanpa dibahaskan dan hanya dibahaskan oleh seorang senator dewan di peringkat Dewan Negara. Ini menunjukkan nasib OKU dalam negara bukanlah menjadi isu utama oleh kebanyakan ahli politik lantas pelbagai kepincangan diserlahkan dalam akta yang diwartakan pada 7 Julai 2008 yang lalu.

 

Harus disedari bahawa bilangan OKU akan meningkat dari semasa atas pelbagai faktor dan antarabangsa mengiktiraf bahawa Kurang Upaya adalah suatu konsep yang sentiasa berkembang sekaligus meruntun suatu perancangan yang rapi. 22 Muharam 1430H.

PRK Kuala Terengganu - harapan saya orang kurang upaya.

SYUKUR ke hadrat Ilahi dan setinggi kegembiraan yang tidak terkata atas anugerah kemenangan oleh Allah S.W.T. kepada Parti Islam Semalaysia dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Tahniah kepada seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat yang berhempas pulas bagi memungkinkan kemenangan PAS dalam prk tersebut.

 

Rakyat Kuala Terengganu telah menyatakan pendirian mereka. Nyatanya momentum pilihanraya umum ke-12 lalu masih berterusan dan suatu pentanda jelas akan berlakunya perubahan lebih besar pada masa akan datang.

 

Justeru, secebis harapan ingin saya nyatakan kepada pimpinan Pakatan Rakyat agar merangka dasar jelas ke arah pengambilalihan kerajaan yang akan dikurniakan Allah kelak. Khusus menyentuh orang kurang upaya OKU, perancangan yang mantap perlu dirangka agar pembangunan OKU dalam negara akan lebih teratur. Dengan yang demikian, janganlah hendaknya agenda pembangunan rakyat yang dilakukan sekadar melepas batuk di tangga.

 

Kepada sekalian pengunjung, saya akan menyiarkan dapatan dari Forum Akta Orang Kurang Upaya yang berlangsung di Auditorium Majlis Peguam pada 17 Januari kelmarin, setelah keletihan pulang dari ibu kota hilang Insya Allah. 21 Muharam 1430H.

Wednesday, January 14, 2009

PRK KT - Jom pulun habis-habisan.

SOLAT HAJAT DAN MUNAJAT PERDANA akan diadakan sebagaimana berikut:

 

Tempat: Masjid Pengadang Baru.

Tarikh: 19 Muharam 1430H =16 Januari – malam Khamis, dini hari Jumaat.

Masa: Pukul 3 am.

 

Semua pencinta Islam disaran berpuasa sunat pada Khamis 15 Januari bersamaan 18 Muharam 1430H, sehari sebelum munajat. Program ini adalah khusus untuk mendoakan kemenangan Pakatan Rakyat sebagai usaha mendaulatkan Islam.

 

Mana-mana yang liat sikit nak berpuasa disaran banyakkan zikir, membaca Al-Quran dan solat sunat. – 17 Muharam 1430H.

Tuesday, January 13, 2009

PRK KUALA TERENGGANU - Bina persepsi untuk menang.

PERSEPSI ATAU ReALITI adalah suatu hal yang berbeza terutamanya bagi tujuan menanganinya. Menangani suatu persepsi sebagai suatu realiti hanya akan membazir masa, wang ringgit dan tenaga sahaja. Demikian juga jika realiti ditangani secara menangani persepsi, matlamat tidak akan tercapai.

 

Dalam suasana pilihanraya, persepsi itu amat penting untuk dikenalpasti agar jangkaan yang dibuat tidak tersasar. Dalam memenangi hati rakyat terutamanya pengundi, kadangkala persepsi itu lebih menguasai suasana berbanding realiti.

 

Para pengundi tidak begitu kesah sama ada suatu yang digembar gemburkan itu berupa persepsi atau realiti. Suatu yang berupa sentimen yang menguntungkan akan digembar-gemburkan supaya para pengundi meyakininya seterusnya menjadi persepsi mereka. Apa yang penting hati mereka dapat ditawan melalui persepsi yang ditanam dalam benak fikiran mereka. Begitulah antara yang perlu dikuasai oleh parti-parti bertanding.

 

Sepintas lalu mari kita telusuri beberapa isu yang boleh mencetuskan persepsi oleh parti-parti yang bertanding.

 

Menjelang tahun baru 2009, polis telah mengumumkan akan 6,000 Anggota Polis Ditugaskan Di Kuala Terengganu. Sememangnya telah timbul pelbagai telahan atas penempatan anggota polis yang boleh dikatakan terlalu ramai bagi tujuan pilihanraya kecil tersebut. Saya tidak bercadang menyentuh secara mendalam apa yang menjadi telahan tersebut. Cumanya kita boleh bina beberapa persepsi atas penempatan anggota polis di situ. Inilah yang ingin saya utarakan.

 

Pertamanya, ramainya anggota polis ditempatkan itu boleh memberi gambaran betapa meruncingnya pilihanraya kecil yang sedang dihadapi. Anggapan pelbagai ancaman atau huru hara tentu saja akan tergambar dengan ketumbukan besar anggota polis tersebut.

 

Bagi Barisan Nasional, persepsi yang boleh dimainkan mudah saja. Oleh kerana kawasan ini menemukan musuh tradisi politik iaitu UMNO dan PAS, makanya keselamatan perlu diperketatkan. Secara lumrahnya PAS atau penyokongnya akan dikatakan berupaya mencetuskan suasana ketegangan. Harus tidak dilupa, peristiwa berdarah Batu Buruk pada Oktober 2007 berlaku dalam kawasan ini.

 

Bagi PAS pula, ramainya anggota polis itu tentunya mendatangkan kegusaran di kotak fikir penyokong atau perancang parti. Isu pengundi hantu masih belum reda. Bilangan yang besar itu tentunya mendatangkan persepsi akan kemungkinan berlaku helah dalam pengundian kelak. Harus juga tidak dilupa pilihanraya adalah suatu perang aman. Kebijaksanaan dan strategi yang mantap amat diperlukan. Tak perlu dihuraikan apakah yang dimaksudkan pengundi hantu. Para pemain politik sama ada PAS, UMNO atau lain-lainnya telah sedia maklum.

 

Demikian juga ramainya anggota polis ini boleh juga mewujudkan persepsi di mata rakyat betapa BN memanfaatkan jentera kerajaan khususnya PDRM. Bagaimana caranya? Sebagaimana yang berlaku di pulau Kambing bilamana sekumpulan muslimat PAS telah dihalang oleh sepasukan polis untuk berkempen di situ, persepsi ini mudah saja dibina.

 

Bagi pasukan polis tersebut, justifikasi boleh dicipta atau sememangnya suatu tindakan wajar. Namun suasana semasa membuka ruang persepsi dibina untuk memberi keuntungan kepada mana-mana pihak.

 

Dalam menghadapi pertarungan seumpama ini, dua bentuk persepsi saja yang perlu dibina. Pertamanya persepsi yang menggamit hati pengundin untuk menyokong kita dengan mendatangkan rasa sayang atau simpati kepada kita. Keduanya bina persepsi agar para pengundi merasa betapa tidak relevannya parti lawan.

 

Selain isu penempatan pasukan polis tersebut, saya juga suka menyentuh akan program yang dirancang pada 16 Januari akan datang. Suatu program bagi mengubah nama Istitut Perguruan Batu Rakit kepada Institut Perguruan Datuk Rozali dan menamakan Sekolah Menengah Mengabang Teliput kepada nama Allahyarham turut berupaya mewujudkan pelbagai persepsi.

 

Mengapa pengubahsuaian itu dilakukan di saat-saat akhir sebelum hari pengundian? Mengapa tidak ianya dilakukan sejurus kematian Allahyarham ke rahmatullah dulu? Apakah orang UMNO itu khususnya dalam bahagian Kuala Terengganu menghargai Allahyarham? Batu Rakit bukanlah kawasan yang teletak dalam zon pilihanraya kecil ini. Apakah program ini satu lagi manipulasi jentera kerajaan oleh BN dan UMNO?

 

Itu antara persepsi-persepsi yang boleh dibina oleh Pakatan Rakyat bagi manfaat PAS.

 

Bagi UMNO atau BN, tentu saja pengubahan nama ini berupa penghargaan kerajaan kepada Allahyarham. Penghargaan ini mungkin diharap dapat membina persepsi bertujuan menambat hati mereka yang mengkagumi Allahyarham untuk mengundi BN pada 17 Januari kelak.

 

Demikianlah pelbagai sentimen boleh diwujudkan bagi membina persepsi untuk kemenangan calon. Meneliti janji-janji pembangunan yang ditawarkan oleh kerajaan bagi kemenangan BN, pelbagai persepsi boleh dibina untuk menambat pengundi. Demikian juga dengan pelbagai  propaganda menerusi berita yang dilaporkan. Terplulang kepada mana-mana pihak untuk mengambil faedahnya.

 

Sama ada persepsi atau rialiti yang dibangkitkan, saya hanya mendoakan kemenangan Islam untuk kesejahteraan rakyat. Makan lada pasti akan terasa pedas. Namun tanpa lada, nasi dagang yang enak terasa janggal. 17 Muharam 1430H.

Monday, January 12, 2009

Membuka Kotak Fikir - PRK KT.

SEKITAR pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan berlangsung pada 17 Januari akan datang, saya berkebetulan pulang ke kampung sambil menyambut kepulangan ibu ayah dari tanah suci.

 

Bagi tujuan penulisan ini, saya cuba merasai suasana pilihanraya dan mud yang ada dengan tidak berpihak mana-mana parti bertanding. Suatu yang mudah diperhatikan, Barisan Nasional selain berkempen melalui parti-parti komponennya, jentera kerajaan di negeri ini begitu terserlah pembabitannya.

 

Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS, kempen terasa biasa-biasa saja dan ada yang menggunakan bendera yang mungkin telah beberapa kali digunakan lantaran kewangan yang agaknya tidak mengizinkan.

 

Bagi BN, ramai menteri-menteri kanan pusat turun dengan kapasiti kabinet untuk membantu UMNO.  Selain YAB Timbalan Perdana Menteri yang berhempas pulas di pelbagai program-program masyarakat yang bersifat ad-hoc sempena pilihanraya kecil, menteri MITI turut mengambil peluang untuk sama-sama membantu sambil mencari ruang sokongan bagi jawatan Timbalan Presiden parti agaknya.

 

Tidak ketinggalan juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dr. Mashitah Ibrahim yang turut mengambil kesempatan atas kepulangan jemaah haji di lapangan terbang di Telaga Batin, Kuala Terengganu. Jemaah haji yang rata-atanya begitu rindukan keluarga untuk bersua dipujuk untuk mendengar ucapan beliau sebagai menambut kepulangan mereka oleh seorang menteri kabinet.

 

Betuah jemaah haji hari Jumaat 9 Januari itu yang 10 tahun belum tentu dapat merasai peluang disambut oleh seorang menteri kabinetsetelah tiba dari tanah suci. Tak kiralah sambutan itu sebagai sambutan meraikan jemaah haji mahupun kesempatan untuk berkempen, yang penting peluang itu sukar dirasai oleh jemaah-jemaah lain khususnya di Kuala Terengganu.

 

Di jalan-jalan raya pula, sudah lah jalan penuh sesak dengan warga kerja parti-parti yang membantu, di sana-sini terdengar saja bunyi sairin kereta peronda yang menghambat VIP ke sana dan ke sini. Tak kurang juga lagak kereta-kereta peronda ini yang berpletkan luar dari Terengganu merajai jalan seolah-olah rakyat lain tidak membayar cukai jalan. Rasa meluat memerhatikan keadaan tersebut terlintaslah dalam hati, apakah ini tingkahlaku yang dipupuk oleh pemerintah yang partinya antara calon yang bertending?

 

Nyata rakayt hanya wujud sewaktu pilihanraya kerana waktu itulah rakyat dicari untuk memberi itu dan ini dan belum tentu pada waktu lain. 15 Muharam 1430H.

Wednesday, January 7, 2009

Gusar kewangan

NPL atau pinjaman tidak berbayar adalah suatu isu yang amat saya rasai bilamana saya terlibat secara langsung dengan kes-kes para peniaga yang boleh dikatakan mangsa kepada fenomenon tersebut. Justeru posting yang diterbitkan dalam blog ini merupakan sebahagian kegetiran yang dialami dan perlu ditangani oleh kerajaan yang berkuasa.

 

Terbaca saja laporan bertajuk Companies finding it difficult to get bank loans, bertambahlah lagi kegusaran saya terhadap sistem kewangan negara. Hal yang dilaporkan dalam TheStar tersebut bukan suatu yang baru pada saya.

 

Tidak hairan lagi mana-mana syarikat kecil dan sederhana yang mempunyai daya saing dalam perniagaan dinafikan kemudahan pembiayaan dari institusi kewangan dengan seribu alasan. Meskipun sesebuah syarikat itu didokong oleh jutaan aset, dengan langkah yang tidak selari dengan mud pelaku institusi kewangan, harapan untuk memperolehi pembiayaan meskipun segala keperluan telah dipenuhi akan berlalu begitu saja.

 

Suatu yang juga tidak menghairankan bilamana sesebuah syarikat yang diliputi pelbagai masalah kewangan dan tiada daya saing dengan tidak semena-mena memperolehi kemudahan sama ada dalam bentuk pembiayaan atau pelupusan hutang (right of) yang begitu besar jumlahnya.

 

Isu-isu ini kadangkala tak mampu dirungkai dengan kewarasan kotak fikir yang normal. Jika diteliti laporan yang disebutkan di atas, pihak kerajaan bebas membuat kenyataan dan pihak bank bebas mempuat keputusan. Rakyat yang terdiri dari para peniagalah yang sentiasa dalam guni pengharapan.

 

Hati kecil saya yang daif sentiasa tertanya, siapakah yang lebih berkuasa? Institusi kewangan dilahirkan di bawah undang-unmdang. Undang-undang digubal oleh kerajaan yang berkuasa di parlimen. Tidakkah mungkin institusi yang dilahirkan yang berupa anak lebih berkuasa dari siinduknya?

 

Pelbagai jawapan bisa saja terbit daripada pelbagai persoalan yang dilontarkan. Rakyat umpama sianak yang sentiasa mengharapkan suatu yang terbaik dari bapanya. Anak yang merajuk natijah dari bapa yang tidak cakna akan anaknya tentu saja berkecil hati dan mencari jalan keluarnya sendiri. – 11 Muharam 1430H.

Forum Akta Orang Kurang Upaya 2008 dan isu yang mendatang.

FORUM bagi membincangkan Akta Orang Kurang Upaya 2008  dan isu akan datang akan diadakan di auditorium Majlis Peguam pada 17 Januari 2009.

 

Antara panel yang terlibat termasuklah Mohammad Faizal Che Yusof dari Tetuan Faizal Yusof & Co, peguam cacat penglihatan yang bertugas di Kota Bharu yang juga merupakan Setiausaha Biro Tugas-tugas Khas Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Pertis dan turut terlibat dalam beberapa ngo lain. Forum tersebut akan dirasmikan oleh menteri dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Dr. Ng Yen Yen.

 

Maklumat lanjut di sini. – 10 Muharam 1430H.

Tuesday, January 6, 2009

Forex - peluang untuk OKU mencari pendapatan.

SEKALIAN rakan pengunjung OKU atau sesiapa yang berminat dengan forex trading, saham, bond dan seumpamanya, saya menulis perihal dua jenis petunjuk iaitu petunjuk asas dan teknikal. Sila ikuti sepenuhnya di Forex Malaysia. – 10 Muharam 1430H.

Monday, January 5, 2009

UNTUK PENYOKONG PAKATAN RAKYAT - PRK KUALA TERENGGANU

 

PENGUMUMAN:

 

Perarakan Calon PAS pada Selasa 6/1/09 =9/1/1430H.

 

Sila  berkumpul jam 7:30 pagi untuk solat hajat di Surau Taman Jaya, Jalan Pusara, berhampiran pejabat PASTI negeri. – 8 Muharam 1430H.