FIRMAN Allah S.W.T. ndalam Al-Quran yang bermaksud:
Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui. [Albaqarah 2:188]
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. [ An-Nisa' 4:29]
Demikianlah Islam dengan tegasnya menolak kaedah mencari rezeki dengan cara menganiayai orang lain. Amalan rasuah meskipun diterima oleh pemberi dan penerima, mahu tidak mahu ianya tetap menganiayai orang lain. Apa tidaknya, ada saja mereka yang lebih layak untuk menikmati sesuatu dinafikan bilamana pihak yang berkuasa menganugerahkan sesuatu itu kepada sesiapa saja yang lebih berupaya memberi imbuhan (rasuah) yang tertinggi.
Rasuah dalam politik telah lama diperkatakan. Cumanya kadangkala ia dielokkan dengan pelbagai istilah seperti politik wang. Justeru, mungkin baru sedar betapa rasuah kian meruncing, UMNO sebuah parti yang menerajui kerajaan sejak 52 tahun dulu telah bertindak dengan cara yang dikatakan begitu berani.
Begitulah sebagaimana dilaporkan, Perhimpunan Khas Lulus Pindaan Perlembagaan Umno. Kadang-kadang tu terfikir juga, takkanlah baru disedari gejala rasuah tersebut dalam parti. Kini yang juga wajip ditimbang oleh pimpinan dan ahli-ahli UMNO kesemua yang mengundi tu pun lahir dari proses yang didakwa wang kertas umpama melayang begitu saja ke poket-poket perwakilan sejak dari cawangan lagi.
Sesiapa yang berfikir dari lubuh hati yang paling dalam tentu boleh terfikir akan keupayaan sebenar pindaan tersebut membendung rasuah. Apa-apa pun terpulanglah kepada setiap individu sama ada untuk tunduk kepada tujuan pindaan tersebut ataupun berbalik kepada Allah sebagaimana serign diutarakan bahawa UMNO turut memperjuangkan Islam.
Dalam pada itu, parti lawan tradisi UMNO pastinya turut ada riaksi tersendiri sebagaimana HarakahDaily melaporkan,
Pindaan perlembagaan, serlahkan kepalsuan Umno. Jika kita menilau jauh di pelbagai sudut dan pandangan pelbagai pihak yang di luar kelompok-kelompok parti, banyak mengatakan rasuah dan parti politik di negara ini telah disistemkan.
Apa tidaknya, melalui parti-parti politik terutamanya yang memegang tampung kuasa, apa juga yang diinginkan dari kerajaan ada saja imbuhan tambahan yang perlu dibelanjakan untuk parti, untuk itu dan ini. Ups, mungkin itu bukan rasuah tapi sedekah/hadiah untuk perjuangan!
Tidakkah boleh misalnya kawasan balak yang ingin diberkan kepada sesiapa yang berminat, sebelum kawasan tersebut dianugerahkan kepada pihak terlibat, parti-parti berkaitan bolehlah membayar premium terlebih dahulu bagi memiliki kawasan tersebut. Kemudian jualkanlah kepada pihak yang benar-benar menjalankan aktiviti pembalakan. Keuntungan dari jualan tersebut boléela dimasukkan ke tabung itu dan ini atau ke mana-mana cawangan untuk dinikmati rakyat.
(**TAMAN PERUMAHAN di Jerteh, suasana desa dikelilingi kemudahan awam. Milikinya sebagai kediaman atau pelaburan masa depan yang menguntungkan. Hubungi segera 019 9856781 atau emailkan ke sini**)
Itu perihal parti politik. Malangnya gejala ini telah menyelinap di segenap cabang hatta ke dalam sukan. Sememangnya beli permainan dalam sukan tidak asing lagi. Apa yang menarik saya untuk mengenengahkan hal ini, dalam riuh rendah UMNO berusaha mereformasikan partinya, keresahan yang sama turut terus dibimbangi oleh pegawai-pegawai yang tulus dalam sukan ragbi.
Bermula semalam 16 Oktober 2009, satu kejohanan ragbi Liga Presiden telahpun berlangsung. Terengganu telah menjadi tuan rumah untuk satu kumpulan yang terdiri dari pahang, Terengganu dan Putrajaya. Perlawanan yang dimulai dengan Pahang dan Terengganu telah dilangsungkan di Kompleks Sukan Terengganu di Gong Badak petang semalam (gambar di atas) yang berakhir dengan seri 28 sama.
Apa yang turut dirunsingkan oleh pegawai-pegawai terlibat adalah bilamana perlawanan sebenar tidak dapat dipamerkan. Ini terjadi bila pasukan yang telah terlibat dibeli terlebih dahulu lantas bermain di bawah paras prestasi sebenar. Keadaan ini tentu sekali menjejaskan perancangan strategi dan tektik.
Saya sentiasa berharap dan berdoa agar usa membenteras rasuah ini benar-benar lhair dari hati yang benar-benar ingin kembali kepada Allah dan dapat dipanjangkan ke dalam sistem harian. Jika ia dilakukan sekadar ingin mengambil hati manusia, saya yakin ia hanya membuahkan kekecewaan. 28 Shawal 1430H.
-785374.jpg)
-787484.jpg)
-789394.jpg)
0 comments:
Post a Comment