Friday, October 23, 2009

Teladan kepada penulis.

DITAKDIRKAN sebagai seorang hamba Allah yang buta menjadikan saya sentiasa berharap pertolongan Nya dalam apa jua keadaan. Saya suka memohon agar diberikan petunjuk untuk saya berupaya mencungkil kekuatan diri saya dan mampu menutup segala kelemahan yang ada.

 

Sebagai seorang yang penglihatannya tiada, amat mudah untuk kami menerawang jauh melayan fikiran tanpa mengira tempat dan waktu. Tak kurang juga bila tiada sesuatu aktiviti yang patut, mudah saja mengantuk.

 

Melakukan kerja-kerja yang memerlukan kekuatan akal dan ketajaman firasat sememangnya menjadi pilihan utama golongan yang senasib dengan saya. Pada zaman perkembangan teknologi seperti hari ini, kesempatan yang ada telah dapat dimanfaatkan.

 

Penulisan dalam blog dan sebagainya diteroka sepenuhnya bagi mengenengahkan diri ke dalam masyarakat. Justeru kepada sekalian mereka yang senasib dan para pengunjung sekalian, artikel berikut, Menghayati nasihat penulis produktif amat patut untuk ditelusuri dan dihayati. - 6 Dzulkaedah 1430H.

0 comments: