WARNA-WARNI politik Negara terus menghiasa persada untuk dinikmati oleh mereka yang memerhati. Nyata "politics drive the country" sememangnya tak boleh dinafikan.
- Ku Li akan tinggalkan UMNO?
Satu ketika sewaktu YB Senator Zaid Ibrahim meninggalkan UMNO seterusnya menyertai PKR, kian tersebarlah cerita yang mendakwa Ku Li dari Gua Musang akan menurut jejak langkahnya. Meskipoun senario sejarah memungkinkan cerita yang lebih berupa khabar angin itu boleh saja berlaku, Namun kebenarannnya masih boleh diragui meskipun tidak melampaui tahap munasabah.
Alih-alih keluar pula cerita dalam laboran bertajuk Ageing Ku Li gives up on Umno top post yang memuatkan antara lainnya anak raja Kelantan ini tidak akan lagi mengintai jawatan nombor satu UMNO serentak itu juga menggambarkan kemungkinan beliau berpindah parti jika suasana memerlukan.
Semakin terasalah betapa kemungkinan Ku Li akan menyertai pembangkang khususnya PKR. Nyatanya cerita ini belum habis dengan penafian Ku Li terhadap laboran tersebut sebagaimana dinyatakan dalam blognya, too old for my own good yang turut dipetik dengan segera oleh portal-portal penting termasuklah sebagaimana dilaporkan, Razaleigh dakwa akhbar berbohong.
(** miliki segera rumah kediaman di pinggiran Universiti Malaysia Kelantan yang dikelilingi klinik, sekolah rendah dan menengah. Jadikan ia sebagai unit kediaman keluarga atau pelaburan yang menguntungkan. Hubungi segera 019 9856781 atau emailkan butiran anda untuk dihubungi **)
- Kepimpinan PAS akan bertukar?
Sementara itu kekalahan PAS mewakili PR di Bagan Pinang juga selain memberi suntikan semangat baru kepada UMNO turut membuka ruang kepada pelbagai pendapat dilontarkan sama ada dalam PAS sendiri mahupun Pakatan Rakyat bertujuan mengukuhkan PR untuk berhadapan dengan kebangkitan semula BN.
Mungkin tidak salah untuk mengatakan sedikit terlewat bila mana PAS benar-benar ingin mengadakan post mortemnya hanya setela lebih seminggu berlalu. Laboran bertajuk Mohamad Sabu ketuai post mortem PAS biarpun disambut baik, mengapa baru diputuskan?
Selain itu, desakan pelbagai pihak termasuk sebahagian blogger menuntut perubahan kepimpinan dalam PAS agaknya perlu juga diambil cakna. Apatah lagi tokoh akademik turut melontarkan pandangan senada seperti dimuatkan dalam Pengajaran dari Bagan Pinang.
Secara umumnya Pakatan Rakyat sendiri turut diminta berubah dalam hal pentadbirannya seperti dicadangkan oleh pengarah pilihanraya PAS di Bagan Pinang, Bagan Pinang: Persimpangan kritikal buat semua?.
Dalam keghairahan Pakatan untuk mendambar Putrajaya, kejutan yang menimpa UMNO dan BN sejak pilihanraya umum 2008 yang lalu diikuti siri-siri pilihanraya kecil, kesediaan UMNO dan BN untuk berubah seperti yang dijanjikan tidak boleh dikesampingkan.
Pengumuman yang diumumkan, Sept 16 a day to mark unity nyatanya bukan omong-omong kosong sebagaimana dipasak terhadap laungan Pakatan Rakyat pada 16 September 2008 yang lalu. Bagaikan ada kebijaksanaan di pihak BN yang masih belum ditelah oleh PR.
Umar R.A pernah mengingatkan bahawa kekuatan musuh bukanlah penentu kejayaan sebaliknya kesilapan dan kecurangan kita sendirilah penyebab kepada kekalahan. 2 Dzulkaedah 1430H.
0 comments:
Post a Comment