Friday, October 23, 2009

Berekriasi di Taman Perbandaran Tengku Anis.

TAMAN PERBANDARAN TENGKU ANIS "TPTA" yang terletak lebih kurang 6km dari Bandar Kota Bharu menghala ke Pengkalan Chepa adalah antara tempat rekriasi yang baik untuk membawa keluarga berehat di sini.

Sepetang saya bersama keluarga di situ sememangnya amat menyeronokkan apatah lagi kawasannya yang menyegarkan sesuai sekali untuk anak-anak melepaskan gian kenakalan mereka. Adalah elok untuk kawasan seumpama ini diperbanyakkan sekitar Kota Bharu khususnya dan di Kelantan umumnya.

Sebagaimana rekriasi itu amat digalakkan dalam Islam, memperbanyakkan kawasan seumpama ini setidak-tidaknya memberi alternative kepada mereka yang berkeluarga untuk melepaskan lelash sekali sekala dengan perbelanjaan yang amat minimum.

Selain menyediakan trek untuk berjoging, TPTA turut menyediakan taman temma, taman rusa, pondok-pondok rehat, dan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan fungsinya sebagai tempat berekriasi. Kawasan sekitarnya yang bersih membolehkan keluarga yang berkunjung bersantai sambil menjamah juadah.

Suasananya yang tenang mudah sahaja menggamit kedatangan pengunjung yang ramai apatah lagi pada petang jumaat.

Bahkan ketika kami sekeluarga hendak pulang setelah senja melabuhkan tirainya, ambang maghrib tidak sekali-kali menghalang kunjungan yang tidak henti ke TPTA. Keadaan ini menjadikan kawasan tersebut perlulah ditingkatkan kemudahan solat agar para pengunjung yang datang tidak alpa dengan sang pencipta.

Sebagai rakyat yang mendokong kerajaan yang telah mencapai umur 19 tahun pada 21 Oktober yang lalu, apa jua usaha kea rah mensejahterakan rakyat perlulah sama-sama ianya dipergiat dan dibantu oleh semua pihak. (foto diambil oleh Mohd Khairul Firdaus Abdullah) – 6 Dzulkaedah 1430H.

0 comments: