FIRMAN ALLAH S.W.T. yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.Al-Nahl [16:90]
Demikianlah tuntutan Allah S.W.T terhadap seluruh umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya. Nyatanya kebaikan itu tidak hanya wujud ketika pilihanraya kecil atau pilihanraya umum sahaja. Ia wajip ada pada setiap masa dan setiap ketika.
Antara permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam dan seluruh mereka yang terlibat dalam menikmati khidmat perbankan Islam pada waktu ini termasuklah intrepitasi atau penterjemahan prinsip-prinsip Islam itu ke dalam perlaksanaan system perbankan Islam terutamanya perlaksanaan di Negara ini.
Saya amat bersetuju dengan gesaan yang dibuat sebagaimana laporan bertajuk Isu perbankan Islam perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah. Bukan sekadar isu itu diselesaikan di mahkamah syariah, apa yang lebih utama penerapan nilai-nilai harmoni yang ditekankan dalam ajaran Islam haruslah dirasai dalam perlaksanaan system perbankan Islam itu sendiri.
Psebagaimana prinsip umum yang dinyatakan dalam ayat yang difirmankan oleh Allah di atas tadi, prinsip-prinsip keadilan dan kebaikan (ihsan) itu wajip ada dan dapat dirasai oleh semua. Apa yang berlaku kini, system perbankan Islam dilihat sama ada serupa atau lebih zalim dari system konvensyenal yang ada.
Apa tidaknya, dalam banyak keadaan seperti tekanan ekonomi yang dialami kini, pihak bank yang merupakan institusi-institusi gergasi dilihat lebih terbela berbanding rakyat kebanyakan yang merupakan pelanggan-pelanggan kerdil kepada bank. Dalam suasana sekarang, bank dengan sokongan kakitangan yang ramai dan panel peguam yang seolah-olah tidak mengenal peri kemanusiaan kian menekan para pelanggan yang kian terhimpit dengan keadaan semasa.
Bagi pelanggan yang telah mendapatkan khidmat kewangan melalui kaunter-kaunter Islam sebelumnya, sudah tentu mengharapkan (ihsan) dalam keadaan-keadaan mendesak seperti hari ini. System kewangan Islam bukan terhad kepada riba atau perkara-perkara kabur atau gharar semata-mata. Ia merangkumi prinsip-prinsip keadilan yang lebih luas dari itu.
System enovasi kewangan hari ini memberi pelbagai cara kepada pihak bank untuk menghadapi hutang-hutang yang bermasalah atau tidak berbayar. Persoalannya kini apakah bank-bank ini sedar peri kewujudan enovasi-enovasi tersebut atau sekadar mengamalkan system zalim yang juga disukai oleh para "along" dengan cara terus mendesak para pelanggan kerdil?
Sejak dulu lagi, Islam melalui Raasul Allah S.A.W. telah lama menuntut umatnya untuk mencari ilmu demi memperolehi dunia, akhirat atau kedua-duanya sekali. Persoalan yang sama juga timbul apakah para pengamal kewangan berusaha mencari ilmu untuk merekacipta dan mengambil manfaat ke atas pelbagai enovasi-enovasi yang memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak?
Mungkin juga para pengamal kewangan yang ingin mewujudkan enovasi yang lebih baik itu terhalang oleh pelbagai prosedur atau peraturan-peraturan semasa? Jika demi kian, para penggubal dasar termasuk ahli politik perlulah berbuat sesuatu.
Justeru di sebalik keghairahan berpolitik, amatlah wajar untuk sekalian ahli politik yang sebenarnya banyak memainkan peranan dalam memacu Negara untuk berusaha lebih keras demi kebaikan rakyat.
Ingat, rakyat bukan hanya ada pada waktu pilihanraya! 10 Rajab 1430H.
0 comments:
Post a Comment