Wednesday, June 17, 2009

Khusus untuk OKU dan Warga Emas Selangor!

ORANG KURANG UPAYA dan warga emas negeri Selangor umumnya dan DUN Ulu Klang khususnya, sila bertindak segera atas kesempatan yang disediakan.

 

ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib merayu kepada seluruh warga emas didalam Dun Hulu Kelang, Selangor supaya mendaftar diri dibawah skim Mesra Usia Emas yang merupakan salah satu daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilancarkan oleh kerajaan Selangor Darul Ehsan.

 

Menurut surat sebaran yang dikeluarkan oleh Saari, skim itu disediakan kerajaan Selangor Darul Ehsan untuk dimanfaatkan oleh semua warga emas dan OKU (Orang Kurang Upaya) yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat tanpa mengira jantina, agama, pendapatan, kedudukan dalam masyarakat dan faham politik.

 

Pendaftaran skim berkenaan adalah percuma. Warga emas yang layak berumur 60 tahu ke atas dan, sama ada lahir dan sedang menetap di Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/1/1974 sedang menentap di Selangor atau bermastautin di Wilayah Persekutuan, dan bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.

 

Manakala bagi OKU tidak merlukan syarat-syarat seperti di atas.

 

Perinciannya boleh dibaca di sini. – 23 Jamadil Akhir 1430H.

 

0 comments: