USAHAWAN Islam kini seharusnya lebih peka dengan perkembangan semasa yang begitu pesat dalam enovasi kewangan. Antara kepesatan pasaran kewangan hari ini termasuklah aktiviti dalam perniagaan matawang asing atau forex.
Dengan penerbitan fatwa oleh Dewan Syariah Nasional-Majelis Ulama Indonesia yang telah juga disiarkan dalam Forex Malaysia, seharusnya keraguan perihal halal atau haram aktiviti perniagaan tersebut kini terhapus.
Aktiviti forex pada hari ini tidak hanya terhad kepada unit-unit matawang utama dunia. Ia lebih berupa suatu mekanisme pasaran kewangan yang dipelbagaikan. Antara instrument yang turut diniagakan melalui mekanisme forex kini termasuklah berjenis-jenis komoditi seperti emas, minyak mentah dan lain-lain.
Demikianlah kemahiran menguasai forex akan membantu kita menangani pelbagai isu termasuklah ketidaktentuan harga minyak mentah. Suatu pemerhatian yang saya rasakan begitu menarik berkaitan perkembangan semasa harga minyak mentah akan saya kongsikan sedikit masa lagi sekadar untuk kita berkongsi rasa.
Selain itu, pelbagai kaedah yang digunakan dalam pasaran forex seperti kaedah spot, forward dan option menambahkan lagi betapa aktiviti forex kian kompleks dan mengabaikannya hanyalah satu kerugian yang amat besar.
Justeru, perancangan bagi menyediakan Negara, mahupun antiti-antiti usahawan Islam bagi menghadapi cabaran yang kian pesat ini begitu sekali mendesak. 27 Jamadil Awal 1430H.
0 comments:
Post a Comment