Saturday, May 30, 2009

Ini, bukan sekadar coretan kosong!

PERKEMBANGAN mutakhir muktamar PAS yang akan berlangsung minggu hadapan terus mewarnai politik tanah air. Pada kesempatan ini, ingin saya berkongsi beberapa sorotan peristiwa sebagai meluahkan kesyukuran ke hadrat Ilahi yang terus member kekuatan kepada parti siasah berlandaskan Islam tersebut.

 

ULAMA DAN PROFESIONAL.

 

Saya amat berharap agar para perwakilan pada muktamar minggu hadapan dapat membentuk suatu saf kepimpinan yang mantap dalam PAS. Sebagaimana dinyatakan oleh Ketua Dewa Ulama dalam laporan bertajuk Gabungan ulama dan profesional bentuk kestabilan ummah - Mat Iraq, peranan kedua-dua golongan ini amat siknifikan dalam membawa PAS mengharungi cabaran semasa.

 

Pelbagai golongan kelompok yang dilabelkan telah wujud dalam PAS adalah suatu perkara biasa dalam adat berorganisasi. Apa yang penting ialah kerjasama bagi mendaulatkan Islam. Saya yakin kebijaksanaan para perwakilan dalam mengenalpasti pelbagai perangkap yang dipasang bagi melemahkan PAS.

 

Demikian juga laporan bertajuk Ulama PAS perlukan perubahan perlu rasanya diambil perhatian. Saya suka untuk terus menarik perhatian dalam perkembangan liberalisasi pada hari ini khususnya dalam pasaran kewangan dan modal. Setiap perkembangan yang amat pesat perlu dituruti. Amat tidak wajar untuk kita dengan mudah meletakkan hokum haram dalam setiap perkembangan kewangan dengan pelbagai alas an seperti riba dan judi. Saya berpegang kepada suatu ingatan yang dipasak iaitu "kebijaksanaan adalah barang tercicir umat Islam, di mana sahaja kita jumpainya, kutiplah ia". Dalam contoh mudah, masih ramai di kalangan kita menyatakan ketidakpuashatian terhadap kewujudan bursa yang dikatakan pasaran panas dan sebagainya.

 

Saya berpendirian bursa adalah suatu keperluan pada hari ini. Sebagaimana Islam mengiktiraf konsep perkonsian modal "musyarakah", adanya bursa merupakan suatu kaedah yang menyokong prinsip ini. Kita tidak harus bersikap prejudis terhadap bursa dengan pelbagai sentiment seperti manipulasi, spekulasi, eksploitasi dan sebagainya. Nabi pernah bersabda yang mafhumnya "jika kita inginkan dunia, carilah ilmu".

 

Jika kita membuat sedkit kajian, pertumbuhan bursa-bursa di luar sana begitu sekali menyumbang kepada perkembangan usahawan-usahawan baru. Ia amat berbeza dengan apa yang berlaku di negara kita. Dengan pelbagai keperluan yang amat ketat di sini, bagi usahawan baru hamper mustahil untuk memanfaatkan bursa.

 

Begitulah halnya, kegagalan kita memahami fungsi bursa dan prinsip-prinsip yang dipegang oleh "trader on floor" tela menjadikan kita hanyut dalam menangani harga minyak runcit di peringkat domestic. Jika kita memahami fungsi bursa, saya berani mengatakan untuk mengadakan suatu harga yang amat selesa bagi rakyat mudah saja dilaksanakan. Namun, disebabkan ketidakendahan kita terhadap fungsi-fungsi bursa tersebut menjadikan kita seolah-olahnya terpinga-pinga dalam menghadapi karenah globalisasi dalam menentukan harga minyak mentah.

 

Justeru, gesaan untuk ulama dalam PAS membuat perubahan khususnya dalam hal-hal ilmu duniawi amatlah relevan.

 

TAHNIAH UNTUK SAHABAT-SAHABAT YANG MENANG.

 

Saya juga bersyukur dengan kemenangan tanpa bertanding yang diperolehi oleh beberapa sahabat pada kali ini. Sebagaimana disenaraikan bagi calon-calon yang bertanding terdapat pelbagai jawatan yang dimenangi tanpa pertandingan.

 

Pada kesempatan ini, saya berdoa agar kedua-dua Naib Ketua Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat untuk memanfaatkan jawatan yang diamanahkan demi kepentingan rakyat di bawah yang masih ramai dikatagorikan sebagai lemah dan daif.

 

CUIT-CUIT ORANG POLITIK.

 

Akhir sekali tertarikh juga saya membaca laporan bertajuk studio dipolitikkan dalam sebuah blog tersohor. Isy, isy, ada juga calon yang bertanding menyusun strategi sedemikian. Apa pun, ia boleh dipandang dengan pelbagai persepsi. Jika kita berpersepsi positif, positiflah ia jadinya. Begitulah sebaliknya.

 

Selamat bermuktamar. – 4 Jamadil Akhir 1430H.

0 comments: