AGAK LAMA saya telah tidak menyertai program-program ceramah perdana termasuk di Masjid Rhusila khususnya. Pada kebiasaannya, setiap kali program ceramah, saya hanya mengikutinya di internet disebabkan kesempatan yang terbatas.
Sesudah solat Jumaat kelmarin, saya dan keluarga bertolak ke Terengganu untuk menyertai program perdana di Masjid Rhusila di samping menziarahi kedua orang tua. Saya telah ke masjid Rhusila, Marang sebaik saja selesai solat maghrib.
Setelah solat isyak berjemaah, suatu solat hajat telah disempurnakan secara jemaah demi memohon kepada Allah S.W.T agar dipelihara kekuatan Pakatan Rakyat di Perak umumnya dan memelihara kekuatan Parti Islam Semalaysia sebagai wadah perjuangan Islam khususnya. Begitu tenang bila dapat berjemaah bersama-sama saudara seislam yang tekat berjihad membela Islam dengan satu nekad. Hujan lebat dan rebut sedikit pun tidak menghalang untuk para jemaah menunggu di luar dan dalam masjid bagi mendengar ceramah yang akan disampaikan.
Antara yang telah menyampaikan ceramah kemudiaannya termasuklah YB Presiden PAS, Tn Guru Hj. Abdul Hadi Awang selain YB Khalil Lim, Perak dan Cikgu Pa, peseruhjaya PAS Terengganu. Pencabulan yang telah berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak merupakan antara isu yang telah diutarakan.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah apa yang diingatkan oleh TGHH perihal kehidupan kita yang suatu ketika akan berakhir dan pada waktu itu bermulalah kehidupan kita di alam barzah. Justeru, setiap perlakuan kita hendaklah dalam keadaan kita menyedari bahawa kematian pasti tiba dan kita pasti diadili di hadapan Tuhan Rabul Jalil.
Setiap kali selepas solat, kita sering berzikir yang mahfumnya sebagaimana berkut:
- Allah maha berkuasa menaikkan dan menurunkan kerajaan di muka bumi ini. Kerajaan yang adil mungkin saja ditukar dengan kerajaan yang zalim. Demikianlah kerajaan yang zalim akan saja ditukar dengan kerajaan yang adil.
- Allah jualah yang maha berkuasa memuliakan dan Dial ah yang maha berkuasa memberi kehinaan. Mulia kita biarlah kerana Islam dan biarlah kita dihina oleh manusia kerana islam yang kita bawa.
- Dalam kekuasaan Allahlah terletak segala kebaikan dan Allahlah yang maha berkuasa ke atas segala-galanya.
Dengan mafhum zikir yang sering kita amalkan selepas solat itu, tiada alas an lain untuk kita tidak bersama gerakan Islam berjihad mendaulatkan kalimah tauhid. Biarpun mehnah kesulitan menghimpit kehidupan, ia bukanlah suatu alas an untuk tidak berjihad kerana Allah yang maha berkuasa tetap memelihara kehidupan kita.
TGHH juga mengingat sekalian pendokong Islam sebagai mengambil pengajaran dari mafhum zikir yang tersebut bahawa antara ujian kepada pendokong islam kini ialah kerajaan dan kekuasaan. Kita terpaksa berhadapan dengan kuasa dan kerajaan yang tidak menjadikan Islam sebagai teras pemerintahannya. Sebarang kemungkaran dan pencerobohan terhadap hak-hak Allah wajiplah kita tangani tanpa berkompromi dengan pelbagai umpanan duniawi.
Pendokong islam hendaklah bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana perjuangan Islam itu menuntut kesiapsiagaan pada setiap masa. Had kesabaran kepada setiap kemungkaran ada sempadannya dan pendokong Islam tidak akan membiarkan kepalanya dipijak.
Selamat berjuang dan berjihad. 14 Jamadil Awal 1430H.
0 comments:
Post a Comment