Wednesday, April 15, 2009

PAS perlu berupaya memimpin umat.

MUSIM pemilihan dalam PAS kini sedang rancak berjalan. Kepada sekalian perwakilan yang bertanggungjawab mencalon dan memilih, ingatan YAB MB Kelantan dalam bernama wajar dihalusi. Calonlah dan pilihlah mereka yang benar-benar berkemampuan dan berkelayakan.

 

Harus diingat bahawa pimpinan dalam parti seperti PAS harus berupaya menjawat jawatan tertinggi Negara bilamana parti dipilih sebagai kerajaan nanti. Apa gunanya menjadi saf pimpinan parti tapi hanya berupaya menunjuk sikap serba tahu bila diamanahkan jawatan Negara kelak. Rasa-rasanya laporan bertajuk Benarkah era "government knows best" telah berlalu? Yang diajukan kepada pimpinan PM yang baru tetap tidak terlepas untuk diingatkan kepada pimpinanparti yang berwadahkan Islam ini.

 

Sebagai seorang yang di luar parti, saya hanya beruapaya menyumbang dari kejauhan dan berdoa agar cita-cita menzahirkan Islam di muka bumi ini akan dinikmati. – 19 Rabi'ul Akhir 1430H.

0 comments: